Header image
line decor
  
line decor
 
 
 
 

 
 
STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

 

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

 
MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE
 

Instrumen SGM secara Online pada masa kini boleh dilaksanakan secara online menerusi URL berikut:

http://www.didik.my/sgm

Semua guru telah didaftarkan dan menggunakan No KP sebagai ID utama dan perlu memasukkan kata lalauan untuk akses ke instrumen Online