::HOMEAwam

Keputusan Pertandingan Saringan Pertama-Projek Inovasi IPG Lestari 2014

 

PENDAHULUAN

IPGM dan WWF-Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Inovasi IPG Lestari 2014 bermula Januari 2014 sehinggan Jun 2014. Pertandingan tersebut bertujuan untuk meningkatkan budaya inovasi dalam aktiviti kelestarian yang boleh menyumbangkan kebaikan kepada warga IPG dan komuniti setempat. Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Sosial, Sistem dan Produk. Sebanyak 8 projek (3 kategori sosial, 3 kategori sistem dan 2 kategori produk) telah terpilih untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Oktober 2014 di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor.

OBJEKTIF:

Melahirkan warga kampus/komuniti yang berfikiran kreatif dan inovatif  dalam menghasilkan inovasi lestari.

    1. Memperkenalkan sistem dan cara kerja baharu serta menjana kecemerlangan warga kampus/komuniti  melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan lestari.
    2. Memupuk kerjasama dalam kalangan warga kampus/komuniti serta mengeratkan perhubungan warga kampus dan komuniti.
    3. Memperoleh warga kampus/komuniti menghasilkan satu inovasi  (sosial/sistem/ produk) yang berkualiti dan meningkatkan amalan budaya  hidup kelestarian.

PERINCIAN KONSEP BAGI SETIAP KATEGORI:

    1. Kategori Inovasi Sosial

Inovasi sosial ialah sebarang konsep, idea, strategi yang dapat memenuhi dan meningkatkan keperluan sosial dalam semua bentuk (kesihatan, ekonomi, pendidikan, kualiti kehidupan) di samping penglibatan dan pengintegrasian terhadap amalan kelestarian.

 b. Kategori inovasi sistem

Inovasi sistem ialah proses yang berupaya menambahbaik atau membawa transformasi kepada amalan sedia ada.

 c. Kategori inovasi produk

Inovasi produk ialah alat atau bahan yang boleh menambahbaikkan amalan sedia ada.


KEPUTUSAN PERTANDINGAN SARINGAN PERTAMA-PROJEK INOVASI IPG LESTARI 2014 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

KATEGORI TAJUK PROJEK IPG
PRODUK MULTIFUNCTION HANGER IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN
PRODUK M-BIN (MESRA BIN) IPGK PENDIDIKAN TEKNIK
SISTEM REWATS IPGK DARULAMAN
SISTEM SYSTEM EXPERIMENT EDUCATION (SEE) IPGK TUANKU BAINUN
SISTEM GABUNG (PENGURUSAN SISA,PORI-PORI & WOODEN BOX) IPGK PENDIDIKAN ISLAM
SOSIAL ECO LANE IPGK PENDIDIKAN ISLAM
SOSIAL KITPAP -KIT PAPAN PERMAINAN IPGK TUANKU BAINUN
SOSIAL JASA (JAGA ALAM SEKITAR ANDA) IPGK PENDIDIKAN TEKNIK

Permohonan Pertukaran Pensyarah & Pegawai Pengurusan IPGK & IPGM Bil. 2/2014 Secara Atas Talian.

Permohonan pertukaran pensyarah dan pegawai pengurusan ipgk dan ipgm bagi Bil. 2/2014 akan dibuka bermula pada 16 sept. 2014. Sehubungan itu semua pemohon yang ingin mengemukakan permohonan pertukaran sila berhubung Ketua Unit Khidmat Pengurusan (KUKP) di kampus masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Jadual Aktiviti Permohonan Pertukaran Pensyarah & Pegawai Pengurusan
IPGK & IPGM
Bil. 1/2013     
 Peringkat  Aktiviti  Tempoh Masa
 1 Permohonan Atas Talian oleh Pemohon (16 Sept. 2014  – 15 Okt.2014)  1 bulan
 2 Pengesahan di peringkat kampus (16 Okt. 2014 – 29 Okt. 2014)
- Pengesahan adalah Pengarah IPG Kampus.
* Pengesahan juga boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan.
 14 hari
 3 Pemprosesan kelulusan permohonan diperingkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (30 Okt. 2014 – 5 Nov 2014).  7 hari
 4 Mesyuarat Pertukaran Pensyarah & Pegawai Pengurusan IPGK & IPGM (11 Nov. 2014).  1 hari
 5 Makluman keputusan permohonan pertukaran
(16 Nov. 2014  -  30 Nov 2014).
 2 minggu
 6 Pemohon yang berjaya melaporkan diri (02 Jan. 2015)  1hari

PERINGATAN
Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengarah terlebih dahulu sebelum dipanjangkan kepada IPGM.  Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengarah IPG Kampus melalui KUKP bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada IPGM.

Laman 1 of 15

 

Pautan Pantas

kpm ispaa myGov pemandu bpawam spp 

 

1govUC e guru i think edu web prpm
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas  Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
myeg  NUTP  ygmb  YIM adab guru net   

 hrmis  e-Penyata Gaji dan Laporan  e-Maklum  MAS Web Check-in

Go to top