Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Bab 4 Pembelajaran Murid
4-8
Pelan Tindakan: Mengukuhkan penyampaian
STEM merentas sistem pendidikan
Gelombang 1 akan memberi tumpuan kepada pengukuhan asas
program sedia ada dan menggalakkan murid peringkat menengah
atas dan lepas menengah
untuk mengikuti aliran
sains. Gelombang 2
menekankan pembinaan
asas tersebut dengan
meningkatkan sokongan
daripada pelbagai
pihak berkepentingan
mencakupi sektor
pembelajaran informal.
Gelombang 3 akan
menilai inisiatif tersebut
dan menyediakan pelan
tindakan bagi inovasi
selanjutnya.
Gelombang 1 (2013-2015): Mengukuhkan
asas pembelajaran
Meningkatkan keberhasilan dan minat murid melalui pendekatan
pembelajaran baharu dan pemantapan kurikulum
Sebagai sebahagian daripada perubahan besar pada kurikulum yang
dihuraikan dalam bahagian “Kurikulum dan Pentaksiran” dalam
bab ini, Kementerian akan menyemak semula kurikulum Matematik
dan Sains sekolah rendah dan sekolah menengah. Semakan semula
kurikulum akan mengambil kira standard antarabangsa dan juga
hasil penilaian diagnostik yang menunjukkan prestasi rendah murid
Malaysia dalam pentaksiran TIMSS dan PISA. Kurikulum baharu ini
akan memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti
menganalisis, menilai secara kritis, membuat hipotesis dan membuat
keputusan. Kurikulum ini juga akan menggalakkan pembelajaran
berasaskan projek dan berasaskan inkuiri, sebagai contoh, melalui
peningkatan latihan makmal, inkuiri terarah murid dan permainan
ICT. Kementerian akan mengkaji usaha memperkenalkan program
pembelajaran mudah suai dan model pembelajaran pelbagai mod di
sekolah.
Di samping itu, Kementerian akan mengkaji pertambahan peruntukan
masa untuk pengajaran Matematik dan Sains, dan penyelarasan
semula kurikulum bagi mengurangkan pertindihan kandungan
dengan mata pelajaran lain dan kurikulum STEM di peringkat lepas
menengah. Oleh sebab KSSM dan kurikulum semakan KSSR akan
dilaksanakan pada 2017, Kementerian akan membangunkan dan
melancarkan beberapa siri modul tambahan untuk kurikulum sekolah
rendah dan sekolah menengah. Modul tambahan ini akan mula
dilaksanakan pada 2014.
murid telah menurun dari 1999 hingga 2011. Keputusan PISA
2009+ juga menunjukkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan
sepertiga terbawah daripada 74 buah negara peserta, dan di bawah
purata antarabangsa dan OECD. Angka ini menunjukkan keperluan
mengadakan intervensi untuk mencapai sasaran bilangan siswazah
STEM dan meningkatkan keberhasilan murid masa hadapan.
Penilaian enrolmen dan kemahiran dalam
STEM
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penurunan enrolmen
dan kualiti keberhasilan murid dalam STEM. Tumpuan akan diberi
kepada aspek di bawah tanggungjawab Kementerian termasuk:
▪▪
Kurang kesedaran mengenai STEM
: Umumnya terdapat
kurang kesedaran dalam kalangan murid dan ibu bapa terhadap
tujuan pembelajaran STEM dan perkaitannya dengan kehidupan
harian. Berdasarkan kaji selidik (2008) yang dijalankan oleh Pusat
Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), kesedaran
awam mengenai fakta sains dan teknologi (contoh: pusat bumi
adalah paling panas; semua radioaktif adalah buatan manusia)
adalah lebih rendah di Malaysia berbanding di Amerika Syarikat,
di Eropah, di Korea Selatan dan di India. Perbincangan meja
bulat bersama-sama masyarakat Malaysia juga mendapati kurang
kesedaran mengenai peluang kerjaya berkaitan STEM;
▪▪
Mata pelajaran STEM dianggap sebagai sukar:
Terdapat
persepsi dalam kalangan murid dan ibu bapa bahawa lebih sukar
untuk lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran STEM
berbanding mata pelajaran Sastera. Keadaan ini menyebabkan
murid memilih aliran Sastera berbanding aliran Sains. Guru dan
pentadbir sekolah kerap kali berkongsi persepsi yang sama dan tidak
secara proaktif menggalak atau membantu murid memilih aliran
Sains;
▪▪
Kurikulum yang padat kandungan:
Kurikulum STEM pada
masa ini memberi lebih tumpuan kepada maklumat hingga
menjejaskan aspek amali, dan kurang memberi penekanan pada
hubungan dengan kehidupan harian, justeru membuatkan murid
sukar memahami nilai atau kebergunaan STEM. Faktor ini
menyumbang kepada penurunan tahap minat murid dalam mata
pelajaran ini.
▪▪
Kualiti pengajaran dan pembelajaran kurang konsisten:
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan guru
dan murid kurang berpeluang untuk berfikir secara kritis, kreatif,
dan inovatif. Sebilangan guru masih memerlukan pengetahuan yang
mendalam dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Tambahan
lagi, sesetengah guru terlalu memberi tumpuan kepada persiapan
murid untuk menduduki peperiksaan, dan tidak menekankan
elemen amali dalam kurikulum; dan
▪▪
Infrastruktur yang tidak mencukupi dan lama:
Kini,
20% sekolah mempunyai makmal sains yang rosak atau tidak
boleh digunakan, manakala sesetengah makmal tidak dilengkapi
peralatan dan kemudahan moden secukupnya. Keadaan ini
menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran STEM, khususnya amali, menjadi lebih mencabar, dan
menjejaskan minat murid.
“ Seperti negara maju yang lain,
Malaysia memerlukan pakar
dalam bidang Kejuruteraan, Sains,
Perubatan dan sektor Teknologi yang
lain. Kekurangan minat dalam mata
pelajaran Sains akan membantut
usaha untuk meningkatkan inovasi
teknologi bagi menjadikan Malaysia
negara berpendapatan tinggi”
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
(Oktober 2012)
1...,103,104,105,106,107,108,109,110,111,112 114,115,116,117,118,119,120,121,122,123,...300