Bilangan Pelawat:
web counter






PERKHIDMATAN UJIAN PSIKOLOGI

Ujian psikologi merupakan satu perkhidmatan yang disediakan untuk mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.
Perkhidmatan Disediakan untuk kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk pelajar-pelajar sekolah dan ahli keluarga yang terhampir.

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Mentadbir ujian psikologi
  • Membuat tafsiran, menganalisis dan laporan ujian psikologi
  • Membangunkan ujian psikologi
  • Menguji kesahihan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Aplikasi dalam pembangunan sumber manusia.

Jenis Ujian yang ditawarkan

  • Ujian Personaliti(Bertauliah)
  • Ujian Personaliti (Tanpa Tauliah)
  • Ujian Kestabilan Emosi/Mental (Bertauliah)
  • Ujian Emosi
  • Ujian Kognitif (Bertauliah)
  • Ujian Kognitif
  • Ujian Tingkahlaku (Bertauliah)
  • Ujian Tingkahlaku
  • Ujian Minat
  • Ujian Nilai
  • Ujian Sikap
  • Ujian Keupayaan
  • Ujian Kemahiran (Kaunseling/Mmendengar/Komunikasi)
  • Ujian Stress (Konflik/Kemahiran)
  • Ujian Motivasi
  • Indeks dan indikator sesuatu aspek seperti emosi, kognitif dan tingkahlaku.

Klasifikasi Ujian

  • Biasa tanpa perlu lesen atau bertauliah daripada pihak tertentu
  • Berlesen dan bertauliah

Tujuan Mengambil Ujian

  • Ingin mengetahui personaliti diri dan organisasi.
  • Ingin mengetahui potensi diri.
  • Ingin mengetahui kelemahan dan kekuatan diri atau organisasi dalam aspek pekerjaan.
  • Mengenalpasti tahap sesuatu aspek kemahiran dan keupayaan diri dan organisasi.
  • Ingin mengetahui kesesuaian diri berkaitan sesuatu aspek seperti emosi, kognitif dan tingkahlaku.
  • Ingin mengetahui tahap kesihatan dan keupayaan mental.
  • Ingin mengetahui tahap keberkesanan dalam pengurusan kendiri.
  • Ingin mengetahui tahap kesediaan dan keupayaan menghadapi perubahan.

 

Senarai Ujian

 

(Lihat senarai-senarai ujian yang disediakan)

 

Page 1 | 2 | 3

Copyright ©2014
Hak Cipta Terpelihara

PENAFIAN:
Webmaster tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Aras 1, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8872 1681       Fax: 03-8872 1680