Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Soalan Lazim

Soalan 1

Apakah tujuan Pepeperiksaan Perkhidmatan diadakan?

Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan diadakan adalah sebagai memenuhi keperluan Anggota Kumpulan Pelaksana untuk mendapat pengesahan dalam perkhidmatan. Anggota Kumpulan Pelaksana dalam skim perkhidmatan tertentu dikehendaki lulus Peperiksaan Perkhidmatan bagi memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Soalan 2

Apakah syarat-syarat menduduki Pepeperiksaan Perkhidmatan?

Anggota Kumpulan Pelaksana yang ingin menduduki Peperiksaan Perkhidmatan hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

i)    telah dilantik secara tetap ke skim perkhidmatan sekarang;
ii)    berada dalam tempoh percubaan; dan
iii)    diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Soalan 3

Bagaimana cara untuk membuat permohonan menduduki Pepeperiksaan Perkhidmatan?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) di url http://moe.gov.my/sisppa/login.php. Calon boleh merujuk kepada Manual Pengguna yang disediakan dalam SISPPA sebagai panduan untuk memohon dan mendaftar. Calon yang berjaya mendaftar permohonan mereka melalui SISPPA perlu mencetak akuan pengesahan pendaftaran sebagai rujukan dan bukti pendaftaran.

Soalan 4

Berapakah kekerapan Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan di Kementerian Pelajaran Malaysia?

Peperiksaan Perkhidmatan dijalankan dua (2) kali (sesi) setahun sepertimana yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan yang dimuatnaik setiap tahun dalam SISPPA. Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jika ada, yang akan ditentukan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Soalan 5

Bilakah calon boleh membuat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan?

Permohonan boleh dibuat melalui SISPPA sebelum tarikh tutup permohonan yang ditetapkan iaitu tidak lewat dari satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap sesi peperiksaan.   

Soalan 6

Berapakah kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon Peperiksaan Perkhidmatan?

Kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon bergantung kepada jawatan dan sukatan peperiksaan yang ditetapkan. Calon hanya perlu menduduki kertas peperiksaan yang belum lulus sahaja pada satu-satu peperiksaan. Calon boleh merujuk laman web SISPPA untuk melihat sukatan dan kertas peperiksaan yang perlu diambil.

Soalan 7

Adakah calon mesti menduduki semua kertas peperiksaan yang belum lulus pada satu-satu peperiksaan?

Ya. Calon perlu menduduki semua kertas yang belum lulus pada satu-satu peperiksaan. Calon yang tidak mendudukinya akan dianggap sebagai tidak menghadiri kertas peperiksaan tersebut.

Soalan 8

Bolehkah calon yang telah tersalah mendaftar kertas peperiksaan menukar kertas peperiksaan tersebut?

Calon boleh menukar kertas peperiksaan yang didaftarkan sebelum tarikh tutup permohonan untuk peperiksaan berkenaan. Jika kesilapan disedari selepas tarikh tutup permohonan, calon hendaklah menghubungi pasukan SISPPA untuk dibuat pembetulan.

Soalan 9

Apa yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya berlaku kesilapan maklumat semasa mendaftar?

Calon boleh membuat pembetulan atau mengemaskinikan maklumat tersebut sebelum tarikh tutup permohonan kecuali maklumat tertentu seperti nombor kad pengenalan. Selepas tarikh tutup permohonan, calon perlu menghubungi pasukan SISPPA untuk membuat pembetulan atau pindaan maklumat.

Soalan 10

Apakah yang patut dilakukan oleh calon-calon yang ingin memohon tetapi bertugas di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan atau akses kepada internet?

Calon-calon yang terlibat boleh memohon melalui kaedah berikut:

i)    Calon boleh mendaftar sendiri dengan menggunakan kemudahan internet yang ada di tempat (contohnya di sekolah, PPD atau cybercafé) yang berhampiran; atau

ii)    Mengisi borang permohonan secara manual dan menghantarnya ke PPD / JPN untuk didaftarkan.

Soalan 11

Bolehkah calon mendapatkan skema jawapan bagi soalan Peperiksaan Perkhidmatan tahun lepas?

Tidak boleh kerana skema jawapan tersebut adalah dokumen terperingkat (SULIT).

Soalan 12

Adakah calon boleh membuat rujukan semasa peperiksaan?

Calon hanya dibenarkan membuat rujukan semasa peperiksaan bagi kertas peperiksaan tertentu sahaja seperti yang dinyatakan dalam sukatan peperiksaan.

Soalan 13

Adakah Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi menyediakan bahan rujukan?

Tidak. Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi hanya menyediakan sukatan peperiksaan yang mengandungi senarai rujukan dan sukatan tersebut boleh dimuat turun dari laman web SISPPA.

Soalan 14

Bilakah tiket peperiksaan akan dikeluarkan?

Tiket peperiksaan akan dikeluarkan melalui SISPPA dalam tempoh dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan. Calon boleh menyemak dan mencetak tiket peperiksaan tersebut untuk dibawa bersama semasa menghadiri peperiksaan di pusat peperiksaan yang ditetapkan.

Soalan 15

Bagaimanakah pusat peperiksaan calon ditetapkan?

Penetapan pusat peperiksaan seseorang calon adalah mengikut alamat tempat bertugas iaitu di pusat peperiksaan yang berhampiran dengan tempat bertugas calon. Oleh itu calon diingatkan supaya mengisi dengan betul dan tepat mengenai maklumat tempat bertugas dalam SISPPA.

Soalan 16

Bolehkah calon memohon pertukaran pusat peperiksaannya?

Boleh atas sebab rasmi sahaja. Permohonan hendaklah dibuat melalui SISPPA tidak lewat dari satu (1) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

Soalan 17

Bilakah keputusan peperiksaan akan dikeluarkan?

Keputusan bagi satu-satu sesi peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak lewat dari tiga (3) bulan selepas tarikh akhir peperiksaan tersebut diadakan. Ini adalah seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi. Calon boleh menyemak dan mencetak slip keputusan peperiksaan melalui SISPPA. Slip keputusan peperiksaan ini boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Soalan 18

Selain daripada mengakses terus  melalui SISPPA, apakah alternatif lain yang boleh digunakan oleh calon untuk mengetahui atau mendapatkan maklumat mengenai tiket peperiksaan dan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Calon boleh menggunakan perkhidmatan myUSSD *158# yang dilaksanakan di bawah projek myGov Mobile. myUSSD *158# adalah merupakan perkhidmatan interaktif menggunakan telefon mudah alih yang dibangunkan oleh MAMPU. Pengguna telefon mudah alih bagi syarikat telekomunikasi Celcom, Maxis dan Digi boleh mengakses perkhidmatan ini dengan membuat panggilan ke *158# dengan caj perkhidmatan kepada pengguna sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit). Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan myUSSD *158# boleh diperolehi menerusi Portal Rasmi Kerajaan Malaysia di www.malaysia.gov.my dan Portal Rasmi myGov Mobile di www.mymobile.gov.my.

Soalan 19

Siapakah pegawai yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Peperiksaan Perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Malaysia?

Calon boleh menghubungi pasukan SISPPA di alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau boleh membuat carian di laman SISPPA (HUBUNGI KAMI) untuk senarai penuh pegawai.

Ikuti Kami

Facebook

Twitter 

Pelawat

000403099
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Semua
319
381
700
700
5100
403099

IP Anda: 23.21.9.44
Masa Server: 2014-09-02 11:35:18

Risalah

Jika anda ingin menerima risalah kami, sila masukkan alamat emel anda di bawah :

Pendapat Anda

Tentang Laman Web Baru BPPK?

You are here: Home Soalan Lazim
Laman web ini telah dijana dalam 0.000030 saat.