• Cipta akaun
    *
    *
    *
    *
    *
    Fields marked with an asterisk (*) are required.

Font Size

Profile

V

Prasekolah

  Prasekolah Pendidikan Khas

  •  Program Pendidikan Khas Prasekolah adalah satu program yang mudahubah (flexible) dan tidak formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur antara 4+ hingga 6 tahun.
  • Program ini bertujuan untuk membentuk kesediaan belajar dalam diri kanak-kanak di samping memberi pendedahan awal berkaitan alam pembelajaran di sekolah sebelum mereka menempuh alam persekolahan yang sebenar.
  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam program ini dijalankan secara tidak formal melalui konsep ‘Belajar Melalui Bermain’.

Kemasukan murid

  • Setiap program Pendidikan Khas Prasekolah menempatkan tidak lebih 7 orang murid (nisbah 1: 6.5) yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid bekeperluan khas.

 Syarat kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:

  •  Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengenalan Murid Belajar di Sekolah) 1998-U(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.
  •  Berumur 4+
  •  Disahkan oleh pengamal perubatan
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Kurikulum

  • Program Pendidikan Khas Prasekolah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang diubahsuai mengikut keperluan pembelajaran murid berkeperluan khas masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Pengubahsuaian yang dilakukan adalah dalam aspek hasil pembelajaran serta teknik pengajaran tetapi tidak melibatkan kandungan kurikulum tersebut. Selain pengubahsuaian, penambahan juga dilakukan terhadap  kurikulum tersebut bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid bekerluan khas.

(SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.26/1998 – Garis Panduan Kurikulum Prasekolah)

 

            Kategori Masalah Pendengaran

Bagi masalah pendengaran, Kompenan Kemahiran Awal Pendengaran dan Pertuturan dimaskukan sebagai komponen tambahan. Kompenen ini merangkumi kandungan berikut:-

 

i.              Asas pengendalian perkakasan amplifikasi.

ii.             Kemahiran pra-pertuturan

iii.            Kemahiran mendengar

iv.            Kemahiran mendidkriminasikan bunyi

v.             Kemahiran menghasilkan suara (vocalizations)

vi.            Kemahiran memori auditori

vii.           Kemahiran memori visual

viii.          Kemahiran menghasilkan perkataan-perkataan awal.

 

Kategori Masalah Penglihatan

            Bagi masalah penglihatan, Kompenen Asas dimasukkan sebagai kompenen tambahan. Komponen ini merangkumi kandungan berikut:

 

i.              Orientasi dan Mobiliti

ii.             Kemahiran Kehidupan Harian

iii.            Latihan Deria

iv.            Latihan Low Vison

v.             Kemahiran Braille

vi.            Literasi Komputer

 

           Kategori Masalah Pembelajaran

Bagi masalah pembelajaran, satu kurikulum khusus telah digubal iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Prasekolah Masalah Pembelajaran. Kurikulum ini masih dalam peringkat edisi percubaan dan kajian bagi menilai kesesuaian kurikulum ini akan dilakukan. Kurikulum ini merangkumi kandungan berikut:-

 

i.              Pengurusan Diri

ii.             Perkembangan Sosial dan Emosi

iii.            Perkembangan Fizikal

iv.            Bahasa Melayu

v.             English Language

vi.            Perkembangan Kognitif

vii.           Pendidikan Islam

viii.          Pendidikan Moral

ix.            Kreativiti dan Estetika

 Direktori Prasekolah Pendidikan Khas (klik di sini)

   

Anda di sini: Sekolah Prasekolah

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini96
mod_vvisit_counterBulan ini4937
mod_vvisit_counterKeseluruhan441778

Hari ini: 26 Jul 2014

Paparan Terbaik