Malay English

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas PDF Cetak
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan
 1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 
 1931  SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 
 1948  Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
 1953  Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 
 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 
 1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
 1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 
 1977  Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 
 1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 
 1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
 
 1984  Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran
 1954  Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang 
 1954  Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 
 1963  Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
 
 1978  Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
 
 1979  Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan 
 1985  Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
 
 1987  Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif
 1962  Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
 
 1988  Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran 
 1993  Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
 
 1994  Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara 
 1995  Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
 

Hak Cipta Terpelihara © 2010, Unit Pengurusan TMK Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.