Pemulihan Khas web.moe.gov.my /jpkhas / Pemulihan Khas /

bahan pengajaran pemulihan khas

 Page:  ««  1  2  ...  9  10  11  12  13  ...  21  22  »» 
Penjelasan
Anonymous
#151 | Dikirim pada: 8 Januari 2009 12:59:02
Balas 
GURU PEMULIHAN KHAS TIDAK MENGAJAR KIA2M.
YANG MENGAJAR KIA2M IALAH GURU BM TAHUN 1.
future gPk
Anonymous
#152 | Dikirim pada: 12 Januari 2009 01:19:37
Balas 
:)salam untuk semua cikgu..sy perlukan sedikit maklumat tentang masalah membaca bg murid pendidikan khas.Apakah inovatif untuk memulih dan mengatasi masalah tersebut?
as pahang
Anonymous
#153 | Dikirim pada: 27 Januari 2009 11:54:59
Balas 
assalamualaikum

saya guru pemulihan khas yang sedang praktikum di pahang
kebanyakkan bbm saya buat sendiri
tp x taula betul ke x betul
sesuai ke x sesuai
sbb x byk pengalamn lagi
harap cikgu semua
leh bagi idea yang terbaik tuk saya
panggilan pulau
Ahli
#154 | Dikirim pada: 29 Januari 2009 12:06:50
Balas 
salam......ABM yang dibuat sendiri itu adalah yang terbaik... asalkan ABM tersebut praktikal maka ia tidak menjadi masalah. yang penting bagaimanakah kita memikirkan untuk menyediakan ABM yang mengikut prinsip2 berikut....antaranya :-

1. selamat digunakan (tidak membahayakan murid)
2. praktikal
3. sesuai dengan tajuk dan kemahiran yang ingin diajar pasa masa itu.
4. bersifat maujud.
5.menarik minat murid (warna yang sesuai)
6. Saiz dan huruf yang bersesuaian (kalau guna PC huruf jenis comic sans ms paling sesuai)
7. Lain-lain yang difikirkan sesuai....saya pun dah lupa apa lagi...kena buka kitab balik...heheh.........semoga berjaya dan enjoy mengajar pemulihan..
lyat
Ahli
#155 | Dikirim pada: 29 Januari 2009 19:04:38
Balas 
salam......
saya amat bersetuju dgn pn/en/cik panggilan pulau. ABM/BBM yg kita buat sendiri adalah yang terbaik. Cara mana kita menggunakannya kepada murid-murid kita terpulanglah kpd guru2 sendiri yang pastinya di akhir P&P nanti tercapai objektif pengajaran kita. Kalau secanggih mana pun ABM/BBM jika penggunaannya tidak praktikal kepada murid2 pun 'no point' juga kan. Apa yang pasti kalau buat sendiri tu rasa puas yang tak terhingga.
Anonymous
#156 | Dikirim pada: 30 Januari 2009 08:18:54
Balas 
Kau orang ni bila kita cadangkan BP KHAS buat ABM atau buku latihan/lembaran kerja, kau orang cakap cikgu buat lebih baik buat sendiri, bila BP KHAS arahkah cikgu2 buat sendiri ABM kau orang menjerit, macam mana nak buat abm atau buku latihan/buku kerja. Saya faham ada cikgu yang kreatif buat abm, tapi macam mana yang cikgu tak reti nak buat abm. Bila ada cikgu yang baut abm, ramai pulak nak sedut dan tiru.
Anonymous
#157 | Dikirim pada: 30 Januari 2009 09:03:04
Balas 
apa la salahnya tiru/ sedut. Boleh kongsi-kongis kan...Bukan boleh bawak mati pun. Anda ni sape? Bunyi mcm org BPK je?
AS PAHANG
Anonymous
#158 | Dikirim pada: 31 Januari 2009 10:01:16
Balas 
SALAM,

DAH 2 MGU SAYA PRAKTIKUM DI SEKOLAH TAPI MASIH X LEH NAK IKUT MASA YG TELAH DITETAPKAN (CONTOHNYA 60 MINIT MASA MENGAJAR). GURU BESAR SAYA MENASIHATKAN AGAR SAYA MENJALANKAN 3 KEMAHIRAN PADA SETIAP WAKTU PENGAJARAN IAITU MENGEJA, MEMBACA DAN MENULIS. OELH YG DEMIKIAN X AKAN CUKUP WAKTU UNTUK MENJALANKAN SEMUA KEMAHIRAN TERSEBUT DLM MASA 60 MINIT . SAYA JADI BUNTU...ADAPULA CIKGU KIA MENASIHATKAN SAYA SUPAYA JGN GUNA KERTAS WARNA YG TERANG UNTUK MENYEDIAKAN ABM...HMMMM SAYA RASA KERTAS WARNA TERANG LEBIH MENARIK PERHATIAN MURID BERBANDING KERTAS WARNA YG SURAM ATAU PUTIH (LG BOSAN TENGOK).

HARAP CIKGU-CIKGU YG BERPENGALAMAN INI SEMUA LEH BANTU SAYA YG SERBA X RETI NE..
dayang aminah jais
Anonymous
#159 | Dikirim pada: 31 Januari 2009 11:00:41
Balas 
Saya baru diberikan jawatan sebagai guru pemulihan pada awal tahun 2009. Masalah saya ialah untuk mendapatkan ujian untuk matematik. Bagi bahasa melayu, saya telah memperolehinya daripada kawan. Apa yanng saya nampak dalam soalan itu ialah soalan yang diambil dari buku biru panduan pelaksanaan p&p pemulihan b.melayu dan metamatik. Adakah betul soalan itu yang digunakan? harap dapat bantuan daripada kawan-kawan.
Orang Johor
Anonymous
#160 | Dikirim pada: 1 Februari 2009 07:57:47
Balas 
1. Untuk guru-guru pemulihan khas baru, sila rujuk garis panduan yang sedia ada. Dalam internet ada. Download. Kertas warna yang terang memang tak sesuai untuk lembaran kerja atau BBM. Yang perlu terang ialah TULISANNYA bukan kertasnya.

2. Datang Aminah Jais,
Ujian Saringan BM ialah IPP2M yang memang telah disediakan. Ujian Dagnostik BM sebenarnya boleh dibuat sendiri (kalau ada kepakaran), tapi kalau nak guna yang ada dalam buku Panduan Pelaksanan PnP tu boleh juga. Cuma abaikan bahagian Ujian secara praktik. Untuk Matematik, buat masa ini gunakan bahan dalam IMA.

Untuk guru-guru pemulihan khas Negeri Johor - Ujian Saringan Matematik dalam proses pemurnian. Kita akan guna yang standard di seluruh Negeri Johor.
Anonymous
#161 | Dikirim pada: 1 Februari 2009 09:42:23
Balas 
mengapa ujian diagnostik praktikal diabaikan? perlukah diabaikan ujian diagnostik lisan? ataupun ujian diagnostik hanya dijalankan bahagian "bertulis" sahaja?


min
rakib
Anonymous
#162 | Dikirim pada: 2 Februari 2009 23:24:52
Balas 
ujian diagnostik bm dlm buku panduan pem khas ada tiga jenis- lisan bertulis dan praktik. Jadi yg praktikalnya ialah ujian bertulisan lisan sahaja. Manakala ujian praktik tu boleh dijalankan tetapi kurang kesahannya kerana murid boleh pakai tembak saja jawapannya. Malah agak sukar utk guru pem khas nak tentukan apakah ssebenarnya masalah yg dihadapi oleh murid tersebut. sekian.
ouibinsal
Anonymous
#163 | Dikirim pada: 3 Februari 2009 07:17:55
Balas 
ya, saya setuju benar dengan rakib.Namun cikgu boleh menggunakan kertas IPP2M pula.
yusnita
Ahli
#164 | Dikirim pada: 6 Februari 2009 12:13:56
Balas 
Salam cikgu suraya
sya seorang guru pemulihan yang baru di posting kan ke salah satu bahagian di sarawak.
bolehkah cikgu memberi serba sedikit maklumat mengenai peruntukan kewangan yang layak diterima bagi tujuan pembaikpulih struktur fizikal dan sebagainya bagi kelas pemulihan di sekolah. Terima Kasih.
yusnita
Ahli
#165 | Dikirim pada: 6 Februari 2009 12:16:29
Balas 
salam cikgu Nor. Bolehkah cikgu berkongsi maklumat dengan saya mengenai modul yang cikgu katakan "saya baca, saya tulis'. terima kasih
 Page:  ««  1  2  ...  9  10  11  12  13  ...  21  22  »» 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0