Pemulihan Khas web.moe.gov.my /jpkhas / Pemulihan Khas /

penyelidikan berkaitan pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran

 Page:  ««  1  2  3  4  5  »» 
Guest
Anonymous
#31 | Dikirim pada: 19 Septembar 2008 22:49:19
Balas 
Salam....

Sebagai guru pem khas, saya menghadapi bermacam-macam jenis murid pem.

Buat pengetahuan semua, saya ada murid down sindrom, namun dia agak mild. Apa yang menariknya, dia rajin berusaha dan menunjukkan kemajuan lebih dari murid lain. Ibu bapa murid ini enggan menghantar murid ini ke pendidikan khas. Saya usahakan juga agar murid ini boleh membaca dengan baik kerana tahun hadapan murid ini akan mengambil UPSR.

Dugaan memang besar, yang mana terlalu teruk slow learner yang dihidapinya, mengira 3-2 pun tidak mampu, 4-1 pun tidak boleh. Walau sudah berusia 11 tahun. Dah digunakan bermacam-macam cara, jari...counter...number line...namun masih gagal....Yang ada cuma kesabaaaaaaaran menghadapi murid ini.

wasalam
eselti
Ahli
#32 | Dikirim pada: 13 Oktober 2008 13:50:12
Balas 
kegagalan dan kejayaan sebenarnya boleh dikira jika menggunakan RPI dengan cara yang betul. usaha mendidik bukan terletak di bahu guru semata. guru boleh menggunakan pendekatan parent-centered dan pendekatan multidisiplin jika guru rasa kaedah dan cara yg guru buat tiada hasilnya. rujuk guru2 lain, ibu bapa/penjaga, terapis carakerja, terapis pertuturan dan doktor jika perlu supaya kemahiran murid dapat dioptimumkan. kesabaran itu sangat perlu namun usaha dan membuat rujukan juga sgt penting dalam mendalami permasalahan dan mendidik kanak-kanak ini.
norliza_zakaria
Anonymous
#33 | Dikirim pada: 16 Disember 2008 15:42:21
Balas 
assalamualaikum. boleh x saya mendapatkan petua-petua bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran.. ini adalah untuk kajian yang saya lakukan.terima kasih di atas jasa baik puan.
Anonymous
#34 | Dikirim pada: 16 Disember 2008 21:41:01
Balas 
Cikgu Norliza Zakaria,

Salam.....

Saya tidak pasti cikgu mengajukan soalan di atas kepada siapa. Tetapi mungkin juga cikgu menanyakan hal tersebut kepada saya. Berkaitan dengan cara membantu kanak-kanak berkeperluan khas pembelajaran, pada pandangan saya, guru mesti terlebih dahulu mengetahui tahap kefungsian seseorang murid berkeperluan khas itu tidak kiralah dia berkeperluan khas LD/penglihatan/pendengaran dsbnya. Semua ini boleh diketahui melalui pentaksiran yang dijalankan ke atas murid tersebut di samping ujian-ujian yang telah dijalankan oleh pengamal perubatan.

Apabila seseorang murid itu telah dikenalpasti dan ditempatkan dalam program pendidikan khas maka murid ini mestilah dibinakan Rancangan Pendidikan Individu berdasarkan tahap kefungsian/keperluannya. Sewaktu permuafakatan RPI ini nanti segala maklumat berkaitan murid tersebut akan dibincang baik dari segi keupayaan kognitifnya, psikomotor, komunikasi, tingkahlaku dll lain. Fokus akan diberikan kepada apakah masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan masalah inilah yang akan cuba diselesaikan oleh guru di sekolah. Selain dari itu ibubapa juga turut memainkan peranan dalam hal ini. Matlamat dan objektif RPI akan ditentukan bersama. Jika seseorang murid itu bermasalah tingkahlaku maka ianya perlu diselesaikan oleh semua pihak yang terlibat. Jika murid tersebut memerlukan terapi-terapi seperti pertuturan dsbnya....hal ini juga dimasukkan dalm RPI supaya perkhidmatan yang sewajarnya diberikan kepada yang memerlukan.


Suraya/EPRD
budak kampung
Ahli
#35 | Dikirim pada: 18 Disember 2008 09:42:50
Balas 
assalamuaikum....
saya ni bkas murid pendidikan khas masalah pembelajaran...lps spm sy x thu nk smbg bljr kt mne...nk bek kos pe yg sesuai dgn sy...?
tolong la sy.....
eselti
Ahli
#36 | Dikirim pada: 21 Disember 2008 11:32:55
Balas 
hmm.. berapa ramai guru yang pernah bekerjasama dgn OT(jurupulih carakerja), PT(jurupulih anggota) dan ST (Terapis pertuturan-bahasa) ? walaupun bidang mereka kebanyakannya di hospital @ utk pemulihan kesihatan..namun kebanyakan murid LD,HI,Blind n multi turut berjumpa dengan terapis2 ini di hospital. apa yg mereka buat dan apa yg guru buat kebanyakannya matlamat yg sama..cume cara sahaja yg mungkin berbeza.. jika boleh masukkan mereka dlm meeting RPI anda! byk yg kita blh blaja!
Que
Anonymous
#37 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 10:59:15
Balas 
salam
saya nak tanya berkenaan masalah pembelajaran (learning disable)......
Anonymous
#38 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 12:15:06
Balas 
Puan Suraya bt Ahmad Zathu:
Salam kepada pengunjung forum,

Program Pemulihan Khas merupakan program untuk membantu murid-murid normal di kelas aliran perdana yang menghadapi maslah penguasaan 3M. Mereka yang telah dikenalpasti bermasalah dalam subjek Bahasa Malaysia atau Matematik akan dicalonkan ke kelas pemulihan khas. Fokus program ini ialah murid Tahap Satu.

Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapai masalah disebabkan oleh faktor kognitif.

Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid, InsyaAllah akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. Memang menyeronokkan dan agak mencabar mengajar murid di kelas pemulihan khas. Jika cikgu-cikgu berupaya untuk mengajar dan mendekati murid-murid ini, saya percaya pengalaman mengajar di kelas pemulihan khas ini akan menjadikan cikgu, guru yang sebenarnya.
iznaaf
Anonymous
#39 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 12:24:43
Balas 
Minta maaf...nak mencelah...Saya kurang setuju jika Pn Suraya mengatakan murid bermasalah pembelajaran adalah mereka yang menghadapi masalah disebabkan faktor kognitif....(akuan pakar perubatan) Bagi saya Pelajar LD bukan disebabkan faktor kognitif semata-mata.Pelajar LD bukan semua terencat akal, lembap tetapi ada juga disebabkan faktor cacat fizikal,yang mana mungkin disebabkan kemalangan dan sebagainya......
siapa kita nak kata pelajar pemulihan khas dapat dipulihkan dan pelajar LD tidak??????
Anonymous
#40 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 15:26:09
Balas 
Cikgu iznaaf,

Saya setuju dengan pandangan cikgu, mungkin saya tersilap sewaktu memberi penjelasan. apa pun saya ucapkan terima kasih. Saya akan berikan ulasan selanjutnya selepas ini kerana perlu menyelesaikan tugas saya dahulu.

Terima kasih.

Suraya/EPRD
CEKGU
Anonymous
#41 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 16:45:35
Balas 
SALAM EN.
SAYA NAK TANYA, DARI MANA NAK DAPAT BAHAN-BAHAN MENGENAI PERMASALAHAN KANAK-KANAK BERPENDIDIKAN KHAS DAN MASALAH DALAM PELAJARAN. SAYA KENA BUAT PRESENTATION TAPI DAN CARI SUSAH NAK CARI BAHAN. SAYA BELAJAR LAGI KAT MAKTAB PERGURUAN BIDENG PEMULIHAN. KALAU NOTA PUN DAK OK.
iznaaf
Anonymous
#42 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 18:48:41
Balas 
Saya rasa banyak bahan di fakulti pendidikan UKM, jika ada kenalan anda yang sedang mengikuti pengajian di sana lagi mudah.Boleh tau apa tajuk presentation anda.Mana tau saya dapat membantu....Jika tak ada nota, mungkin saya dapat cadangkan buku-buku yang boleh digunakan...
mis pening
Anonymous
#43 | Dikirim pada: 19 Januari 2009 23:44:32
Balas 
saya bakal guru pendidikan khas. tapi saya x tau r camne nak jadi guru y baik untk diorang ni. saya tgh kompius ni.:-p lagi 4 thn nak grade. tapi cam x de perasaan je nk jadi ckgu. lbih2 g jd guru untuk diorang ni. kan best kalo tahu byk maklumat tntg diorang nie..:-p
iznaaf
Anonymous
#44 | Dikirim pada: 20 Januari 2009 08:57:21
Balas 
Dik...(rasanya lebih tua lah...)
Menjadi guru yang baik tidak semestinya bermula dari "serba tau", berperasaan dan sebagainya,Jika kita serba tau dan berperasaan pun semua itu harus terus dipupuk dan dibaja...ibarat kita bercinta jika berjaya ke jinjang pelamin dengan orang yang kita cintai pun, kita harus mewarnai rumahtangga kita...mengekalkan kemanisan masa bercinta.Jangan bersikap ambik mudah, harus bertanggungjawablah dalam menyempurnakan amanah profesion perguruan kita.
Dik,
Tak kenal maka tak cinta, banyak bahan dan info mengenai pendidikan khas melalui buku atau laman web.Masalahnya cuma banyak bahan yang BERMUTU itu dalam bahasa Inggeris.Dalam journal misalnya, banyak kajian-kajian yang telah dijalankan dapat kita jadikan panduan....Usaha sikit.InsyAllah adik akan kenal dunia pendidikan khas.Bila mengajar nanti adik akan berhadapan dengan realiti.Di situlah cabaran yang sebenarnya.Gunakan nanti ilmu pengetahuan dari pensyarah, buku dan bahan yang adik dapat (kumpulkan)....InsyaAllah adik akan berjaya..
ouibinsal
Anonymous
#45 | Dikirim pada: 20 Januari 2009 10:16:20
Balas 
ooo...cikgu baru ya..tak apa biar saya bantu cikgu nawab.dengarlah nasihatku ini buat cikgu nawab ....pergilah ke sekolah pedalaman sarawak dan mengajarlah rajin-rajin seperti cikgu-cikgu lain tanpa mengira latarbelakang murid-murid itu serta anggaplah murid-murid pedalaman itu seperti anak anda sendiri.segala susah-payah yang bakal dilalui anda bertahanlah dulu .saya yakin anda mampu mengubahnya.
 Page:  ««  1  2  3  4  5  »» 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0