Bermasalah Penglihatan web.moe.gov.my /jpkhas / Bermasalah Penglihatan /

Maklumat Asas Mengenai Kecacatan Penglihatan

 
Cikgu Khairul
Ahli
#1 | Dikirim pada: 16 Julai 2009 01:46:54
Balas 
Pengenalan
Kecacatan penglihatan boleh terjadi pada pelbagai peringkat usia dengan tahap gangguan yang berbeza-beza.

Gangguan penglihatan boleh berada pada tahap daripada keadaan status penglihatan rendah kepada keadaan buta. Di Malaysia, keadaan buta meliputi 0.2% dan status penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk.



Bilakah seseorang itu dikatakan mengalami cacat penglihatan?
Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila ujian menggunakan 'Snellens Chart' menunjukkan beliau tidak dapat melihat huruf pada jarak 3 meter. Ini juga bermakna beliau tidak boleh berjalan secara sendirian.

Kebanyakan orang yang cacat penglihatan mempunyai beberapa deria lain yang berguna dan walaupun mereka menggunakan tongkat, tidak bermakna mereka tidak dapat melihat apa-apa pun.

Sebab-sebab
Apakah penyebab cacat penglihatan?
Bayi dan peringkat awal kanak-kanak.
Kecacatan 'congenital' seperti 'congenital cataract, congenital glaucoma'.
Masalah semasa kehamilan seperti jangkitan kuman akibat 'rubella, toxoplasmosis' dan penggunaan alkohol.
Penyebab perinatal - 'retinopathy of prematurity'
Jangkitan kuman pada mata - 'ophthalmia neonatorum'


Peringkat lewat kanak-kanak.
'Refractive Error'
'Amblyopia/lazy eye'
Keadaan Juling
Parut pada lapisan kornea - jangkitan kuman, kecederaan, kekurangan vitamin A
Penyakit akibat keturunan - 'albino, retinitis pigmentosa'


Orang dewasa
'Refractive Error'
'Cataract'
'Diabetic retinopathy'
'Glaucoma'
'Age related Mascular Degeneration'


Sebab-sebab lain.
Jangkitan kuman pada mata
Kecederaan pada mata - tercucuk, terkena bahan kimia.
Barah mata - 'retinoblastoma'
[Atas]
Tanda dan gejala
Bolehkah kecacatan penglihatan dicegah?
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kecacatan penglihatan:

Amalkan cara hidup yang sihat
Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata
Dapatkan suntikan perlalian:
Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk 'rubella' , 'tetanus'
Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan perlalian yang terkini.
Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan 'folic acid' dan diet yang seimbang
Memastikan sentiasa hadir pada setiap temujanji di klinik semasa proses kehamilan.
Rawatan
Saringan untuk kurang upaya atau kecacatan
Perlukah untuk membuat saringan?

YA

Orang dewasa mungkin boleh memahami dan menerima kehilangan keupayaan deria mereka. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, penilaian yang berterusan adalah perlu untuk mengesan awal kecacatan tersebut seperti:
Dapatkan ujian penglihatan secara berkala di tempat kerja
Melakukan ujian penglihatan secara berkala kepada pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis


Kanak-kanak tidak sedar atau tahu apa yang dimaksudkan dengan 'normal', oleh itu ibubapa, penjaga dan guru-guru mesti mengambil tahu berkenaan perkembangan normal kanak-kanak tersebut. Jika berlaku kelembapan dalam perkembangan, kanak-kanak tersebut mesti dibawa untuk saringan dan kenal pasti masalah.
Bagaimana untuk mengesan kurang upaya atau kecacatan di kalangan kanak-kanak?
Melakukan pemeriksaan yang berkala dan tetap sepanjang kehamilan.
Pemeriksaan fizikal
'Ultrasound' kepada wanita hamil risiko tinggi terutama pada peringkat awal kehamilan
Ujian cecair 'amniotic' untuk mengesan keganjilan terhadap kromosom(amniocentesis)
Membuat penilaian perkembangan kanak-kanak di peringkat klinik-klinik kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
Pergerakkan (motor kasar)
Kebolehan mengguna tangan (motor halus)
Menguruskan kehidupan seharian
Komunikasi dan pendengaran
Tingkahlaku dan bersosial
[Atas]
Langkah pemulihan
Apa yang perlu dibuat bila kurang-upaya atau kecacatan telah dikenal pasti?
Penjaga perlu memastikan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat atau kurang upaya:

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm

Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital.
Borang tersebut mesti disahkan oleh doktor bertauliah
Orang kurang upaya tersebut akan menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
Mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang berkaitan dengan kecacatan mereka seperti:
Perubatan:
Pemulihan anggota
Pemulihan carakerja
Pemulihan pertuturan
Kaunseling yang juga terdapat di hospital kerajaan dan swasta dan sesetengah klinik.
Pendidikan
Kanak-kanak kurang upaya perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Khas.
Sosial
Untuk membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain.
Program Intervensi Awal di sesetengah klinik kesihatan.
Pusat Pemulihan 'Community Based' yang terdapat di seluruh negeri.
Latihan Vokasional.
Ada disediakan di sesetengah pusat di bawah Jbtn. Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.
 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0