Pintar Cerdas web.moe.gov.my /jpkhas / Pintar Cerdas /

Pintar Cerdas

 Page:  1  2  3  4  »» 
Admin
Bos
#1 | Dikirim pada: 31 Mac 2008 20:52:47 | Diedit oleh: Admin
Balas 
Pintar Cerdas (Talented) ialah individu yang berbakat tetapi belum tentu seorang yang berbakat itu seorang yang pintar cerdas (Gagne 1998, Piirto 1999). Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan cemerlang dalam bakat atau bidang tersebut
Admin
Bos
#2 | Dikirim pada: 31 Mac 2008 20:55:05
Balas 
Pintar cerdas juga boleh dikesan lebih awal.Kanak-kanak pintar cerdas memiliki keupayaan berfikir lebih jauh berbanding usianya. kanak-kanak pintar cerdas perlu pendekatan khusus supaya kepintarannya dapat diperkembangkan ke arah yang lebih positif.
nora
Ahli
#3 | Dikirim pada: 1 April 2008 10:23:39
Balas 
Admin
Kita mesti belajar daripada pengalaman lalu untuk membantu kumpulan pintar cerdas memperkembangkan kecerdasan mengikut saluran yang betul. Mereka yang pintar cerdas perlu diberikan pendidikan rohani yang mantap supaya mampu berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang. Ramai kalangan pintar cerdas yang tidak memiliki syahsiah yang boleh dibanggakan.
Admin
Bos
#4 | Dikirim pada: 7 April 2008 20:23:14 | Diedit oleh: Admin
Balas 
#6 | Posted: 13 Mar 2008 18:35 | Reply Quote Edit Delete | IP: 124.82.15.20 | mqarieza@yahoo. com.my
assalamualaikum,
apa yang dimaksudkan dengan murid pintar cerdas? apa puncanya? ada ke masalah dengan mereka?
azleen
Ahli
#5 | Dikirim pada: 12 April 2008 09:51:15
Balas 
pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan yang melebihi 140.
kanak-kanak ini pintar daripada usia sebenarnya.
kanak-kanak pintar cerdas tidak sesuai belajar dalam sistem pendidikan biasa. keupayaaan mental mereka melebih apa yang di ajar dalam pendidikan biasa. kanak-kanak inimerasa cepat bosan n tidak menumpukan perhatian pada pelajaran mereka. kanak-kanak ini sukar uuntuk belajar kerana pelajaran bisa terlalu senang n tidak mencabar minda.
eselti
Ahli
#6 | Dikirim pada: 13 April 2008 12:16:17
Balas 
hmm.. rasanya sudah bersedia kah kita nak ajar kanak-kanak pintar cerdas ni?? siapakah tenaga pengajarnya?
Guest
Anonymous
#7 | Dikirim pada: 16 April 2008 20:45:45
Balas 
kenapa, tidak percaya kepada kebolehan guru-guru kita untuk menangai masalah murid pintar cerdas, jika sekiranya murid darjah 2 mempunyai kemampuan pada tahap darjah 5 perlukah guru khas untuk murid ini. Cuba2 lah fikirkan perkara ini
eselti
Ahli
#8 | Dikirim pada: 20 April 2008 12:43:58
Balas 
erm.. rasanya kebanyakan pintar cerdas ni mempunyai kepandaian dlm subjek/bidang2 tertentu shj cam bahasa, matematik, sains dll..satu lg perlu diingat murid2 ni bkn shj pandai dlm bidang tertentu malah kemampuan belajarnya agak cepat disamping problem tingkahlakunya... rasanya guru pakar blh kot ajar murid2 ni!
Guest
Anonymous
#9 | Dikirim pada: 22 April 2008 13:20:54
Balas 
Itu kan bukan nya jadi masalah, yang pentingnya guru harus tahu potesi yang ada dan merangka program pembelajaran yang tepat dgan keperluan mereka. Mengapa mereka di katakan mempunyai masalah tingkah laku? sebab nya pengajaran guru tidak bersesuaian dengan kebolehan yang ada. Jika dia mempunyai kecekapan matematik yang outstanding sehingga boleh ke tahap darjah lima kenapa harus dia diajar juga kemahairan matematik darjah 2 kan tu membosankannya dan membawa kepada masalah tingkah laku. Sama2 kita fikirkan
md khairul
Anonymous
#10 | Dikirim pada: 22 April 2008 20:31:09
Balas 
pintar cedas ni macam-macam
nak tau pasal yang tu mai baca sini tapi skit je dik...

Moore, J. E., Graves, W. H. & Patterson, J. B. (1997). Foundations of rehabilitation counseling with persons who are blind or visually impaired. New York: American Foundation for the blind. 143- 144

Intelligence test

Ø Terdapat 2 kategori

Ujian yang dibina secara untuk semua populasi
Ujian yang dibina khas untuk golongan cacat penglihatan

Ø Walau bagaimana kedua-dua mempunyai kekuatan dan kelemahan bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti saiz kumpulan manusia, budaya setempat dan keupayaan ujian untuk menerangkan tentang criteria dunia sebenar.

Ø Intelligence test hanya menguji satu komponen iaitu akademik tidak kepada mekanikal, artistic, sosial intelligence.

Ø Ujian ini sukar dilakukan kepada golongan cacat penglihatan kerana terlalu banyak subtest yang menggunakan daya penglihatan sebagai alat pengujian.

Ø Wechler Adult Intelligence Scale-Revised (WAIS-R) digunakan untuk menguji kepelbagaian kepintaran untuk individu normal berusia 16-74 tahun (Lezak, 1983). Ujian yang sama dijalankan kepada individu cacat penglihatan yang merangkumi ujian lisan menunjukkan tiada beza keupayaan yang signifikan di kalangan mereka (Vander Kolk, 1982). Pendapat ini juga disokong oleh Jordan & Felty (1968) iaitu tiada beza yang signifikan dalam pencapaian lisan diantara individu rabun dan buta.

Ø Selain WAIS-R, Ujian Haptic Intelligence Scale for the Adult Blind (Haptic) dan Stanford-Ohwaki-Kohs Block Design Intelligence Test juga boleh dijalankan.

Ø Haptic merupakan ujian untuk mengantikan subtest dalam WAIS dan WAIS-R untuk digunakan bagi individu buta.

Ø Stanford-Ohwaki-Kohs Block Design Intelligence Test, dibina pada 1923 sebagai ujian pengukuran nonverbal dalam penyelesaian masalah.

Ø The Cognitive Test for the Blind (CTB) digunakan merangkumi 5 subtest lisan iaitu

o Auditory analysis
o Immediate Digit Recall
o Language Comprehension and Memory
o Letter Number Learning
o Vocabulary

* pengalaman tentang persekitaran amat mempengaruhi keputusan sesuatu ujian. Ujian yang mempunyai keesahan yang tinggi memerlukan pertimbangan dalam pelbagai aspek dan mengikut keupayaan penglihatan individu yang hendak diuji.
azleen
Ahli
#11 | Dikirim pada: 28 April 2008 00:20:01
Balas 
apakah faktor menjadikan kanak-kanak itu pintar cerdas dan berbaka??????????????
gue st
Anonymous
#12 | Dikirim pada: 29 April 2008 09:21:38
Balas 
hmm.. rasanya cam x cukup penerangan jer maklumat kat atas tu...
tntg knk2 pintar cerdas ni ada masalah tingkah laku, rasanya biasa sgt kita dgr.. diantara sebab masalah tingkah laku mereka ni adalah kekangan yang guru berikan..buat ni x blh buat tu x blh.. kite kene mula mengajar pendekatan berpusat kepada knk2 bknnya berpusat kpd guru!
Guest
Anonymous
#13 | Dikirim pada: 30 April 2008 00:10:07
Balas 
Saya setuju tu mengajar berpusatkan murid. Bahkan bukan untuk budak pintar-cerdas saja, malah sesuai untuk semua murid tak kira budak LD ke..normal ke...maupun yang multiple. Yang penting di sini cikgu mesti tau, murid perlukan apa dan lemah di kawasan mana. Apa respon cikgu-cikgu?
Md Khairul
Anonymous
#14 | Dikirim pada: 30 April 2008 14:20:22
Balas 
Saya sudi berkongsi maklumat berkenaan Pintar Cerdas bagi pelajar cacat penglihatan. Sesiapa yang sudi berkongsi hubungi saya d muhamadkhairulanuar@yahoo.com
Guest
Anonymous
#15 | Dikirim pada: 1 Mei 2008 00:57:22
Balas 
salam..
nowadays negara kita sudah dapat mengesan beberapa pelajar pintar cerdas.Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya, negara kita masih belum mewujudkan badan khas yang boleh menampung keperluan para pelajar ini.Sedangkan negara kita ramai cerdik pandai yang boleh develop program tersebut.Sayangnya tidak diadakan..sedangkan Singapura yang kecil negaranya sudah mampu untuk mengadakan program khas bg pelajar tersebut.Pada masa ini, golongan pintar cerdas seolah-olah tiada arah tuju..

Ada sesiapa yang boleh berkongsi pendapat dalam hal ini, sila email kan kepada saya - impianillyana@yahoo.com
 Page:  1  2  3  4  »» 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0