Bermasalah Pembelajaran web.moe.gov.my /jpkhas / Bermasalah Pembelajaran /

Kaedah P&P Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

 Page:  ««  1  2  3  4  5  ...  12  13  14  15  16  »» 
Guest
Anonymous
#31 | Dikirim pada: 23 Jun 2008 00:01:55
Balas 
Ni mesti nak buat assignment kan! Ok dik...taip je DYPHONIA kat Google....akan keluar berderet2 mklumat yang adik nak . Masa cari tu...bersedialah dengan dictionary. Gitu le gayanya kita belajar ya. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan...he,he...
abuamal
Ahli
#32 | Dikirim pada: 25 Jun 2008 16:01:13
Balas 
Salam buat semua.....

Situasi sebenar :

Dalam sebuah kelas terdapat 5-6 orang anak murid berkeperluan khas yang
yang mempunyai perbezaan masalah seperti sindrom down.autisme,slow
learner, hyperaktif dan lain-lain.

Mereka telah dikenalpasti tahap keupayaan mereka melalui RPI.Guru akan
membantu mereka dengan menggunakan kaedah P&P yang bersesuaian
tetapi mungkin berbeza kerana masalah mereka yang juga berbeza.

Penumpuan guru dan murid-murid mungkin tidak dapat ditumpukan sepanjang
P&P berjalan kerana gangguan daripada murid itu sendiri seperti murid
hyperaktif.

Disebabkan pelbagai keperluan khas murid yang ditempatkan di dalam satu kelas, telah melambatkan proses P&P mencapai objektif.

Sekiranya seorang murid dibimbing oleh seorang guru adalah pendekatan
terbaik,tetapi kekurangan guru telah membantutkan pendekatan cara begitu.

Kekecewaan guru akan bertambah hari demi hari setelah aktiviti P&P yang dirancang tidak pernah berhasil dan hari ini diajar esok lupa,esok ajar lusa lupa...akhirnya ianya menjadi rutin kepada guru-guru yang kecewa dan murid-murid terbiar berterusan....(boleh rujuk dari forum ini suara-suara guru yang kecewa)

Jadi.... bagaimana cara penyelesaiannya...???????

Pendekatan...........:

Perlukah kita mengabaikan modul yang dirancang oleh BPK,lalu mengikut cara kita sendiri.Oleh kerana pendekatan one-by-one mungkin kaedah terbaik setakat ini,(bergantung subjek yang sesuai.)maka murid-murid perlu diberi ruang waktu sehari(sejam mungkin)menjalani pendekatan ini.......

Apa komen tuan2 dan puan2 sekalian...?????????
ITA
Anonymous
#33 | Dikirim pada: 27 Jun 2008 19:36:57
Balas 
RPI (RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU).
PERTAMA KALI, NILAI MELALUI UJIAN DIAGNOSTIK-KESAN KELEMAHANNYA. LEPAS TU RANCANG/REKODKAN OBJEKTIF & STRATEGI YANG SESUAI DLM BUKU RPI SERTA TEMPOH TARGET MASA BOLEH DICAPAI OLEH MURID. DALAM RPH PULA IALAH CATATAN YANG BERPANDUKAN CATATAN DALAM RPI TADI. KENA KREATIF DALAM USAHA MENCAPAI YANG DIRANCANG DALAM RPI TADI. USAHA MINGGU 1 TAK BERJAYA CARI ALTERNATIF LAIN(OBJEKTIF MASIH SAMA). HARAP PENERANGAN SAYA DAPAT DIFAHAMI.

MASIH JUGA TAK DAPAT CAPAI TEMPOH REKOD RPI TADI, JANGAN PUTUS ASA, TERUSKAN PERANCANGAN TU DENGAN MENCARI STRATEGI LAIN PULA.
mary
Anonymous
#34 | Dikirim pada: 29 Jun 2008 21:15:34
Balas 
gue st
"educable" tu masih digunapakai dalam pendidikan selagi sistem pendidikan menjurus kepada penilaian berorentasikan peperiksaan. Mereka yg educale ni, dibantu dgn pendekatan khusus spy mereka boleh tingkatkan potensi hampir menyamai pelajar normal. kategori ke 2 yg disebut2 dlm pend khas ialah yang boleh dilatih ( trainable) . Mereka ini boleh mengikuti apa sahaja pengajaran yg berkonsepkan latih tubi dgn harapan mereka mampu hidup berdikari pada masa akan datang.Kadang2, mereka ni lebih berpotensi dalam kemahiran tertentu berbanding orang2 educable yg dibangga2kan tu. Apa salah guna term non-educable bagi merujuk mereka yg tidak mampu ikut pendidikan arus perdana tetapi boleh meneruskan kehidupan sekurang2nya mengurus diri sendiri.Kita yg ada dalam pendidikan khas ni, mesti berfikiran terbuka...jgn mentafsir perkataan tanpa merujuk kepada isi ayat yg ingin disampaikan.Saya kdg2 malas masuk forum ni sebab kebanyakan guru2 khas, cepat sangat prasangka. Berilah pandangan yg ikhlas dan berniat untuk perkongsian maklumat. Kalau salah beri teguran membina.
Guest
Anonymous
#35 | Dikirim pada: 1 Julai 2008 16:48:55
Balas 
Salam semua...,

Kepelbagaian kaedah/strategi yang istimewa dari pemikiran kreatif amat dituntut dalam diri insan yang bernama guru pendidikan khas masalah pembelajaran supaya objektif berhasil dicapai.
Seorang murid yang sebelum ini membuang air sesuka hatinya di merata tempat..,kemudian guru melatih/mengajar dengan pelbagai strategi supaya murid itu dapat memberitahu bahawa dia ingin membuang air atau dapat pergi sendiri sambil berteman untuk membuang air di tandas adalah satu kejayaan besar yang telah mencapai objektif buat seorang guru.

Kaedah dan strategi itulah yang ingin kita kongsi bersama kerana idea-idea ini kekadang lahir dari pengalaman guru itu sendiri dalam merangka strategi P&P.

Bagaimana nak ajar murid yang kekadang kencing/berak merata...???

1.Asalnya dia mungkin tiada masalah pengurusan diri tapi mungkin sebab tertentu/angin tak baik jadi perkara macam tu...so guru perlu ingatkan murid-murid lebih-lebih lagi selepas rehat atau hari selalu hujan mereka perlu ke tandas untuk melepaskan qada hajat.
2. Sebelum masuk kelas iaitu ketika 5 minit sebelum masa rehat berakhir,murid-murid ini hendaklah dipaksa pada permulaannya (agar dibiasakan) buang air dahulu.
3. Kekadang kita dah mark murid-murid yang buat hal begini.maka guru perlulah tumpukan kepada mereka agar pastikan mereka beri isyarat atau bagitahu kiranya ingin ke tandas.
4.Murid yang tidak boleh bercakap,ajari mereka gunakan kaedah isyarat seperti tunjuk ke arah tandas ,tarik lengan baju cikgu,dan lain-lain cara agar guru tahu kehendak mereka yang ingin ke tandas untuk membuang air.
5.Kekadang sampai kat tandas pun mereka bukan buang di tempat yang betul,takpe buat permulaan.....,kemudian boleh ajari cara betul mungkin dalam kelas Pengurusan Diri,disinilah praktikalnya guru-guru gunakan masa P&P itu untuk pengurusan diri ke tandas yang betul...
Harapan guru-guru dan ibubapa adalah sama...mahu melihat insan istimewa ini boleh hidup berdikari..insyallah.
gue st
Anonymous
#36 | Dikirim pada: 1 Julai 2008 16:49:55
Balas 
sy msh x puas ati dgn penerangan tu.. kenapa kita nak kelaskan org ikut educable dan non-educable? bukankah educable tu bermaksud boleh diajar? istilah trainable pun berada dibwh educable..kerana ianya salah satu cara.. bg sy oleh kerana istilah2 ini dan pegangan terhadap istilah inila meyebabkan ada guru yg senang2 ckp pelajar ini bodoh, x blh diajar, dll yg terus menerus menghukum anugerah ALLAH ini... sy harap guru2 bukala minda bhw semua knk2 ini boleh diajar..cume perlu cari dan kenali caranya shj! jgn mudah putus asa!!..sy pun nak minta maaf jika ada tersinggung perasaan sesapa.
mary
Anonymous
#37 | Dikirim pada: 1 Julai 2008 17:27:13
Balas 
gue st
Kalau dekat, mau rasanya saya terangkan dengan gambar.Istilah yg diguna untuk memudahkan kita mencari kaedah yg terbaik dalam proses P&P kanaak2 istimewa.Saudara yg prihatin dan lembut lidah, boleh guna apa saja istilah, janji objektif P&P tercapai. Ibu bapa pun didik anak dgn cara yg tersendiri.Didik anak lelalki dan anak perempuan tak sama, SAYANG........ Penggunaan perkataan BODOH, BEBAL hanya diluahkan oleh org yg bebal.
Guest
Anonymous
#38 | Dikirim pada: 9 Julai 2008 16:06:00
Balas 
Saya sebagai ibubapa merasakan bahawa objektif penubuhan kelas khas integrasi adalah baik w/b/p pelaksanaannya adalah tidak bersesuaian krn percampuran murid yg berbeza statusnya. Maka andai kata ada murid yg blh mengikut program pendidikan disbbkan murid lain yg tidak dpt mengikut program pendidikan yg di ajar oleh guru maka ianya menyebabkan kegagalan keseluruhannya disebbkan gangguan dari pelajar dlm satu kelas.

Maka dicadangkan supaya murid yg slow leaner diasingkan ke dlm kelas pemulihan murid yg normal disebabkan mrk bukannya bermasalah mental atau sebaliknya. Secara tidak langsung kita dpt memperkecilkan lagi bilangan murid didlm kelas khas tersebut khusus kepada mrk yg benar2 bermasalah. Seterusnya faktor sekeliling adakalanya mempengaruhi tingkahlaku murid yg lain.
CWLD
Anonymous
#39 | Dikirim pada: 10 Julai 2008 10:37:58
Balas 
Saya bersetuju dengan pandangan guest, memang objektif kelas khas bagus, tetapi apa objektif sebenarnya?

Saya bukanlah seorang guru pendidikan khas, oleh itu mungkin tidak jelas tentang objektif pengajaran di Kelas Khas.

Tetapi bila mengamati perbincangan dalam forum dan aktiviti pengajaran di Kelas Khas Integrasi (betul ke istilah ini?), guru PK menumpukan kepada mengenal huruf, membaca (literasi) dan mengira (numeresi). Dengan kata lain guru-guru menumpukan kepada skil 3M (menulis, membaca, mengira).

Tetapi, setahu saya, kanak-kanak downsindrom atau yang setaraf dengannya amat sukar (kalau lah mereka mampu) untuk menguasai literasi dan numerasi setaraf dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.


Oleh itu, pada pandangan saya, ADALAH LEBIH BAIK JIKA MASA DAN TENAGA GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS DITUMPUKAN KEPADA MENGAJAR ATAU MELATIH KANAK-KANAK INI SKIL YANG PERLU UNTUK KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA DI RUMAH SEPERTI MENJAGA KEBERSIHAN DIRI, MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH (MEMBASUH PINGGAN MANGKUK, MEMBASUH PAKAIAN, KERJA-KERJA KEBUN SPT MENYIRAM BUNGA DLL.

Bagi yang berkebolehan, latih mereka untuk bekerja sesuai dengan kebolehan mereka, spt menanam sayur, pertukangan dan lain-lain.

Dengan itu menjadikan mereka produktif di rumah dan di masa depan.

Pandangan guru-guru khas dan pakar-pakar dalam bidang ini?

Terimakasih.
mey
Ahli
#40 | Dikirim pada: 10 Julai 2008 11:52:23
Balas 
ey..

adakah anak2 pendidikan khas dibekalkan dgn kurikulum berdsrkan kementerian pelajaran malaysia?ataupun kaedah pengajaran adalah berteraskan kemahiran asas seni dan seumpamanya saja?

thanks..
john
Anonymous
#41 | Dikirim pada: 10 Julai 2008 15:43:03
Balas 
CWLD
saya bersetuju sangat dgn cadangan anda.
CWLD
Anonymous
#42 | Dikirim pada: 10 Julai 2008 17:56:10
Balas 
John,

Terima kasih kerana berkongsi pandangan pandangan.

Apakata guru-guru pendidikan khas? Mungkin dengan cara ini, dapat mengelakan perasaan kecewa GPK kerana pelajar mereka tidak dapat menguasai 3M.

Sebaliknya, memberi peluang kepada guru-guru pendidikan khas utk melihat kelebihan yang ada pada pelajar mereka, seterusnya menggunakan kelebihan yang ada pada pelajar untuk merancang aktiviti pembelajaran.

Pelajar juga kemungkinan besar akan lebih berminat untuk belajar kerana GPK memberi perhatian kepada apa yang mereka boleh lakukan.

Ok, John, kita tunggu apa kata GPK atau pakar dalam perkara ini.

Terimakasih
abuamal
Ahli
#43 | Dikirim pada: 14 Julai 2008 16:46:15
Balas 
CWLD,John dan rakan-rakan yang lain...,

Ya,saya bersetuju dengan pendapat anda semua.Tidak semua mereka boleh menguasai 3M keseluruhannya.
Ramai anak-anak down sindrom yang telah terlatih membaca dengan baik (hasil didikan ibubapa dan guru-guru),tetapi sebagai manusia,mereka ini terlebih moodynya,lebih-lebih lagi di peringkat sekolah rendah.kuat merajuknya,banyak mainnya.so guru-guru perlu gunakan kaedah pelbagai dalam satu masa P&P.
Begitu jua dengan anak-anak autisme,....yang boleh menguasai 3M dengan amat baik.Khayalan mereka dalam dunianya yang perlu kita kejutkan selalu ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedang dijalankan.
Anak-anak yang berkeperluan khas ini memang menagih kepada pelbagai cara untuk mereka belajar,akhir objektif dalam program yang dijalankan adalah mereka boleh mengurus diridemi kelangsungan hidup.Kerna itulah antara subjek penting dalam Pendidikan Khas adalah Pengurusan Diri,Pengurusan Tingkah Laku,Kemahiran Hidup,Kemahiran Manipulatif dan lain-lain.
Apa yang dituntut adalah kekreatifan guru PK merealisasikan amanah ini...

terima kasih..

-------------------
abuamal
CWLD
Anonymous
#44 | Dikirim pada: 14 Julai 2008 19:08:10
Balas 
Terima kasih abuamal,

abuamal:
objektif dalam program yang dijalankan adalah mereka boleh mengurus diridemi kelangsungan hidup.Kerna itulah antara subjek penting dalam Pendidikan Khas adalah Pengurusan Diri,Pengurusan Tingkah Laku,Kemahiran Hidup,Kemahiran Manipulatif dan lain-lain.



Mungkin Sdr abuamal boleh mencadangkan di mana saya boleh rujuk objektif pendidikan / kurikulum pendidikan khas seperti yang dinyatakan di atas?

Terima kasih.
umaira
Anonymous
#45 | Dikirim pada: 15 Julai 2008 16:11:35
Balas 
CWLD
rujuklah buku panduan khas yg dikeluarkan oleh KPM.
 Page:  ««  1  2  3  4  5  ...  12  13  14  15  16  »» 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0