Pembantu Pengurusan Murid web.moe.gov.my /jpkhas / Pembantu Pengurusan Murid /

bersama mengatasi masalah yang timbul

 
JELLIA DAMOI ANAK NELSON BILLEY
Ahli
#1 | Dikirim pada: 11 November 2009 16:17:37
Balas 
tidak akan mengelakkan atau mengabaikan orang yang kurang upaya malah kita harus membantu dan memberi tunjuk ajar yang betul .jika di abaikan maka ini bererti kita melawan kuasa tuhan....
oui bin sal
Ahli
#2 | Dikirim pada: 11 November 2009 18:20:46
Balas 
betul tu kata mu jellia.tugas guru harus mengajar bukan hanya mengharapkan duit gaji tanpa berbuat apa-apa untuk membantu golongan oku agar berjaya.
NORAINANIES
Ahli
#3 | Dikirim pada: 12 November 2009 16:32:25
Balas 
oui bin sal
SEBENARNYA ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK DAN BUKAN HANYA TANGGUNGJAWAB GURU SAHAJA.
oui bin sal
Ahli
#4 | Dikirim pada: 12 November 2009 23:08:07
Balas 
betul jugak tu tanpa penglibatan semua pihak sesuatu kerja tu tak mungkin berhasil.
shahril majery
Ahli
#5 | Dikirim pada: 24 Januari 2010 15:47:02
Balas 
Assalamualaikum wtb..
Terus kepada point yang hendak dibincangkan iaitu tentang KAKITANGAN KERAJAAN yang berjawatan PEMBANTU PENGURUSAN MURID ASRAMA GRED N17. Di sini isunya bukan yang berbentuk kebaikan tatapi rintihan atau kesusahan dan juga tindasan terhadap kakitangan ini. Kenapa pihak kerajaan amnya dan Kementerian Pelajaran malysia khasnya mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan menganaktirikan kakitangan ini? Kita seringkali mendengar pihak kerajaan mewawarkan slogan Perdana Menteri kita iaitu "Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan" tetapi persoalannya di sini sejauh manakah ianya di aplikasikan? Atau is sekadar slogan untuk menarik perhatian dan undi rakyat semata-mata untuk menyokong kerajaan hari ini? Saya juag adalah penyokong Kerajaan dan kakitangan kerajaan tetapi kenapa saya tergerak memperjuangkan isu ini? Ianya adalah kerana kebajikan rakyat kerana PPM juag adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang tentunya mengundi Kerajaan dalam pilihanraya unutk memerintah. Tetapi kenapakah pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri seperti tidak mengambil tahu tentang isu yang sangat mudah ini? Isu nya ialah tentang sejauh manakah pihak Kementerian mengambil tahu tentang Pembantu Pengurusan Murid N17 (asrama)? Ya, hasilpenyelidikan saya, PPM ditindas dengan hebat di sekolah-sekolah kerajaan.Perkara paling tidak wajar berlaku ialah waktu kerja yang langsung tidak munasabah iaitu masuk kerja pada 4 sesi sehari (5.30 am 7.30 am, 1.00 pm 3.00 pm, 5.00 pm 7.00 pm dan 8.00 pm 10.00pm) jika diteliti jadual itu saya menjadi tertanya-tanya iaitu PPM ini robotkah? Dengan gaji pokok permulaan P1T1 sebanyak RM 820.20 beserta lain-lain elaun seperti Cola, ITKA dan ITP wajarkaha mereka diperlakukan sedemikian rupa? Jika di lihat secara teliti mereka terpaksa dating ke tempat kerja 4 kali sehari. Persoalannya kos minyak kereta yang ditanggung sama dengan 4 hari bekerja bagi pegawai lain.jika seminggu bekerja sudah bersamaan 20 kali dating kerja pegawai office hour. Mereka tidak diberi peruntukan rumah jawatan seperti warden. Mereka tidak ditanggung makan minum di dewan makan seperti Penyelia Asrama. Bahkan merekalah yang banyak menghabiskan masa di asrama. Ekoran waktu kerja yang tidak munasabah tersebut banyak perkara membebankan PPM seperti kos pengankutan, masa untuk isteri dan anak-anak, wantu rehat yang tidak mencukupi, hubungan dengan majikan semakin renggang, menjejaskan kesiahatan akibat tidur yang tidak menentu dan rehat yang tidak mencukupi, persoalan makan dan juga minum. Paling jelas kebajikan PPM terabai 100%. Di manakah pegawai kementerian pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab dalam hal ini? Kemanahaka Menteri Pelajaran Malaysia? Prestasi dan produktiviti yang di minta sebolehnya paling maksima tetapi cuba renungkan semula adakah PPM mampu member prestasi terbaik dalam keadaan ini? Daripada jaual (5.30 am 7.30 am, 1.00 pm 3.00 pm, 5.00 pm 7.00 pm dan 8.00 pm 10.00pm) ini PPM bekerja pada waktu malam, kenapa tidak diberi elaun malam dan elaun shif? Kenapa tidak diperuntukan rumah PPM? Alasan yanga biasa di dengar ialah, pihak Jabatan Pelajaran memberi mandate kepada Guru Besar untuk menentukan jadual kerja PPM, di Kementerian juga akan member respon yang sama. Kenapa? Cuba imbas semula di Jabatan Pelajaran mahu pun Kementerian pegawainya berasal dari jawatan guru. Sudah pasti mereka akan mempertahankan tindakan guru besar walaupun ianya langsung tidak masuk akal. Menteri pula seolah-olah tutup mata dengan isu ini slepas memenangi kerusi parlimen kawasan masing-masing yang membolehkan mereka bergelar menteri. Untuk pengetahuan semua PPM banyak membantu kerja Penyelia Asrama dan Warden sehingga mereka ini malas melaksnakan tugas hakiki masing-masing. Apabila cuti sekolah menjelang maka PPM akan dituduh tidak bekerja dan goyang kaki. Pada pendapat saya jika PPM tidak bekerja memang patut kerana mereka bekerja pada waktu (5.30 am 7.30 am, 1.00 pm 3.00 pm, 5.00 pm 7.00 pm dan 8.00 pm 10.00pm) pada hari persekolahan. Kenapa mereka tidak diberi cuti sahaja pada waktu cuti ssekolah? Untuk pengetahuan lagi, PPM bukan tidak bekerja pada waktu cuti sekolah kerana jika PPM tidak bekerja saya berani jamin bahawa inventori, segala dokumen untuk proses pendaftaran tidak akan wujud. Ini kerana PPM akan menjadi "Penyelia Asrama" pada waktu cuti sekolah. Semua kerja Penyelia akan jatuh pada PPM. Adilkah? JPN dan KPM sentiasa memantau tetapi apa yang di pantau? Ataukah sekadar makan angin tunjuk pangkat? Pegawai JPN dan KPM amat kerap dating ke sekolah tetapi masa itulah juga mereka tutup mata tentang PPM. Cuepacs akan memperjuangkan semua kakitangan kerajaan dan NUTP pula menperjuangkan guru yang seolah-olah menjadi 'musuh tradisi' kepada PPM. NUTP tuntut bermacam-macam dengan KPM tetapi bagi PPM siapa pula pejuangnya? Jelasnya di sekolah guru dan PPM memang tidak sehaluan. Keran guru menganggap diri mereka besar denagn gred dan gaji yang jauh lebih besar. Mereka menindas PPM tapi sedarkah wahai guru-guru bahawa ada PPM yang mempunyai Ijazah dan diploma. Sama taraf tetapi rezeki tidak menyebelahi hanya menjawat jawatan PPM. Dimanakah lebihnya guru dari PPM?
Cadangan saya kepada PPD, JPN dan Juga Kementerian Pelajaran Malaysia:
1.Kaji semula bidang tugas PPM asrama kerana terlalu banyak persoalan yang timbul tetapi tidak dapat dijawab oleh PPD, JPN dan Juga Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Paling asas cukuplah saya nyatakan bahawa peperiksaan Jabatan untuk jawatan PPM asrama pun tidak wajar iaitu PPM asrama diberi soalan PPM pra sekolah. Sedangkan ini peperiksaan jawatan tugas seharian. Dan ia keperluan untuk proses pengesahan dalam jawatan. Wajarkah?
2.Selaraskan waktu bertugas PPM kepada waktu pejabat. Atau sekiranya shif, wujudkan elaun shif dan elauan-elaun lain yang berkenaan sepertimana staf bawah Kem. Kesihatan Malaysia. Wujudkan pekeliling.
3.Hadkan kuasa Guru Besar atau Pengetua kerana mereka tidak tahu menggunakan kuasa dengan sebetulnya hingga lupa kepada kebajikan orang lain. Seperti satu kes yang saya ketahui KPM di failkan saman oleh guru kerana terdapat salahlaku pengetua salah satu sekolah menengah yang telah mengarahkan kaitangan mengubah segala rekod yang telah dibuat guru berkenaan termasuk rekod mengajar guru berkenaan. Hal ini terjadi hanya kerana pengetua berkenaan tidak suka dengan guru tersebut. Amat menyedihkan.
4.Sentiasa pantau kebajikan kakitangan di sekolah. Sekarang ini ramai sekali pegawai dating ke sekolah untuk memantau tetapi sekadar menunjukkan kuasa dan marah-marah. Hiraukah mereka tentang kebajikan PPM? Bila di aduakan pada mereka,jawapannya ringkas iaitu bergantung pada budi bicara Guru Besar. Guru Besar ada kuasa untuk mengubah pekeliling ke? Ada PPM diarahkan masuk kerja pada hari sabtu dan ahad. Kenapa berlaku macam itu wahai pegawai Kementerian?

Sekian Terima Kasih.
ayumi
Ahli
#6 | Dikirim pada: 25 Januari 2010 13:00:16
Balas 
BETUL KATA SHAHRIL....

DAH BERTAHUN SEJAK WUJUDNYA JAWATAN PPM ADA SAJA YANG TAK PUAS HATI DENGAN MEREKA...ADAKAH BETUL FUNGSI MEREKA TAK LEBIH DARI KULI SEPERTI YANG DIPERLAKUKAN OLEH GURU PRA,PPD,JPN DAN KPM???

GURU PRA NAK TUKAR TAPI CARI PASAL KATA PPM TAK PANDAI BUAT KEJE...ADU SAMPAI PPD DAN JPN YANG BUTE DAN PEKAK HANYA MENEGAKKAN KEADILAN GURU YANG KONONNYA MULIA SANGAT...

TAK ADIL...DIMANA PERGINYA PARA PEMIMPIN YANG ADIL SEPERTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ...MEMERINTAH DENGAN ADIL TANPA MENGIRA STATUS...?
oui bin sal
Ahli
#7 | Dikirim pada: 26 Januari 2010 12:01:51
Balas 
nasib Jawatan PPM tak ubah macam babu.
nur_kasih
Ahli
#8 | Dikirim pada: 26 Januari 2010 21:51:04
Balas 
shahril majery

Teruskan berjuang & jgn cepat putus asa & berdoa semoga ppm asrama mendapat hak yg sepatutnya. Sy simpati bila baca cite awak. x patut berlaku waktu keje mcm tu, satu hari smpi 4 kali kuar/masuk keje.byk masa,tenaga & kos habis.

Skali pikir baik ppm asrama jd penyelia terus.
oui bin sal
Ahli
#9 | Dikirim pada: 26 Januari 2010 23:42:35
Balas 
jadi apa-apa pun apabila seseorang itu dah dipandang rendah maka jawatan ppm tetap rendah dimata mereka..
ayumi
Ahli
#10 | Dikirim pada: 1 Februari 2010 12:56:52
Balas 
tau tak peeeee betul kata oui bin sal
oui bin sal
Ahli
#11 | Dikirim pada: 1 Februari 2010 22:17:01
Balas 
semoga para ppm bersedia membela nasib masing-masing.
noorfaiza
Ahli
#12 | Dikirim pada: 10 Februari 2010 19:58:40
Balas 
SABAR LA
kak zue
Ahli
#13 | Dikirim pada: 6 Jun 2010 17:10:25
Balas 
ish ish cuba bincang mengenai spesifikasi tugas tu... buat senarai semak... bagi je kat sekolah dan penyelaras... takkan nak kene buat kerja yang melampaui tugasan kita....be profesional... bagitau je kalau sesuatu arahan tu bukan tugasan kita... straight to the face! kalau ada pinggan yang tak basuh tu letak dalam bakul... tulis memo contoh: pinggan plastik dan gelas biru ni kak zue yang makan. sila basuh sendiri... kalau cam tu ok kot... lain kali cikgu-cikgu tu beringat la... tak perlu rasa serba salah dan cakap belakang... yang faktanya ialah: urusan kita ialah anak-anak khas ... itu saja. sila pertahankan diri jgn biar orang lain menindas ppm
 
   :);):-p:-(  
Jawapan anda
Bold Style  Italic Style  Image Link  URL Link 

» Nama  » Katalaluan 
Only registered users can post here. Enter your login/password correctly before posting a message, or register first.
 

Powered by miniBB®
Copyright © 2010 ICT's Management Unit, Special Education Division, Ministry of Education Malaysia.
Online now: Guests - 1
Members - 0
Most users ever online: 0 [11 April 2005 00:12:13]
Guests - 0 / Members - 0