Rabu, September 03, 2014
   
Text Size
Komen dan Maklum Balas
Selamat Datang ke Laman Web BPK

Untuk menghantar komen/cadangan Klik Di Sini

Memaparkan mesej 101 - 120 daripada 174 kiriman Halaman: << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>

Nama : Komen / Cadangan :
NURIN OTHMAN
NURIN OTHMAN's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; WOW64) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safar
Dikirim pada 13 December 2012 08:42 GMT+8
ASSALAMUALAIKUM
SAYA PERLUKAN DSK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN TIGA.SAYA SUDAH ADA YANG PDF TAPI TIDAK DAPAT COPY SUDAH PELBAGAI CARA DIBUAT TULISAN JAWI TETAP TIDAK DAPAT DIBACA.TERIMA KASIH
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 13 December 2012 07:57 GMT+8
Saudari Inni,

Untuk Tahun 2013, DS Bahasa Arab untuk Tahun 1, 2 dan 3 semua sudah siap dan boleh dimuat turun.

Tahun 4, 5 dan 6 masih menggunakan HSP KBSR.

.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 13 December 2012 07:49 GMT+8
Pemeriksaan kami mendapati semua bahan HOTs di ruangan Bahan Seminar/Kursus boleh diakses dan dipaparkan.

Sementara bahan HOTs yang terdapat di Forum HOTs cuma satu Pautan yang bermasalah iaitu Pautan 1 yg beralamat di www.box.com telah disekat oleh perisian FortiGuard. Masalah ini hanya berlaku jika saudari berada dalam rangkaian KPM iaitu di Kompleks Kerajaan di Putrajaya. Jika saudari di rumah atau di cyber cafe atau menggunakan wireless broadband, tiada masalah.

Boleh saudari jelaskan bahan mana satukah yang saudari maksudkan?

Sekian, terima kasih.

.
noriah yaakub
noriah yaakub's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 12 December 2012 21:03 GMT+8
assalamkm,kenapa saya tak dapat nak lihat (download) bahan kursus HOTs dlm sains dan matematik.
Inni Syam
Inni Syam's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 12 December 2012 20:29 GMT+8
Terima Kasih pihak BPK,harap2 la permurnian HSP bagi KBSR dapat disegerakan sebelum sesi persekolahan tahun 2013. Bagi memperkasakan Pendidikan Islam di negara kita.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 8.0; Windows NT 5.1; Trident/4.0; GTB7.4; .NET CLR 1.1.4322; .NET CLR
Dikirim pada 12 December 2012 16:22 GMT+8
Saudari Inni,

Bahasa Arab Tahun 4, 5 dan 6 masih menggunakan HSP Bahasa Arab KBSR. Sehingga kini cuma Tahun 1, dan 2 sahaja menggunakan Dokumen Standard (DS) KSSR.

KSSR Tahun 3 akan bermula pada tahun 2013 manakala DS Bahasa Arab Tahun 4, 5 dan 6 masih dalam proses pembangunan dan pemurnian.

Dari segi tahun pelaksanaan KSSR pula, Tahun 1 (2011), Tahun 2 (2012), Tahun 3 (2013), Tahun 4 (2014), Tahun 5 (2015) dan tahun 6 (2016).

.
Inni Syam
Inni Syam's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 12 December 2012 14:39 GMT+8
Salam satu Malaysia,minta maaf terlebih dahulu dari saya. Saya ingin tnya soalan,Kenapa HSP subjek Bahasa Arab bagi KBSR tidak diupdate ye??? Adakah masih tidak berubah keterangan dan pengunaannya. Mohon pencerahan.Ini kerana kita masih ada tahun 4,5,6 bagi KBSR.Terima Kasih. "Sebaik-baik amalan adalah pengakhiranya"
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 12 December 2012 10:16 GMT+8
Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf atas beberapa masalah muat turun dokumen yang dihadapi oleh tuan-tuan dan puan-puan.

Secara tidak sengaja beberapa folder yang mengandungi berpuluh-puluh dokumen telah dikunci dari diakses secara langsung ketika pihak kami mengemaskini langkah-langkah keselamatan laman web ini.

Semua dokumen yang terkunci itu sudah boleh dimuat turun.

Sekiranya masih terdapat pautan-pautan yang bermasalah, sila maklumkan kepada kami melalui emel webmaster.bpk@moe.gov.my

Harap maaf,

Sekian, terima kasih.


Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 12 December 2012 09:44 GMT+8
Salam Pn Roslina,

Terima kasih atas makluman puan, semua dokumen berkenaan sudah boleh diakses melalui menu Sukatan Pelajaran KBSR dan HSP Tahun 4, 5 dan 6

Rancangan Tahunan dan Harian boleh ditulis dalam mana-mana bahasa, BI atau BM.
Pn. Roslina Abdul Hamid
Pn. Roslina Abdul Hamid's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 11 December 2012 13:38 GMT+8
Buku Teks Matematik Tahun 4 dan Tahun 5 sudah dalam B.Melayu. Sukatan dan HSP masih dlm B.Inggeris. Jd, Rancangan Tahunan dan Harian bagaimana pula??
T.kasih
NURUL
NURUL's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 10 December 2012 13:43 GMT+8
terima kasih..
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 10 December 2012 13:14 GMT+8
Saudari Amy,

Sila rujuk pada Buku Penenrangan KBSM : http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=43&Itemid=419&lang=ms
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 10 December 2012 13:02 GMT+8
Saudari Nurul,

Kami memohon maaf atas masalah tersebut. Masalah berkenaan telah diperbetulkan. Saudari boleh cuba muat turun semula dokumen berkenaan.

Sekian, terima kasih.
NURUL
NURUL's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 10 December 2012 12:37 GMT+8
Dokumen sukatan pelajaran bahasa arab 2008 contohnya..
amy
amy's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 6.1; en-US; rv:1.9.2.18) Gecko/20110614 Firefox/3.6.18
Dikirim pada 10 December 2012 12:00 GMT+8
salam 1 malaysia.. mohon pihak tuan/puan beri tahu saya berapakah pembahagian masa yg sebaiknya untuk subjek2 di sekolah menengah( menengah rendah)... BM sepatutnya berapa minit seminggu dan juga untuk subjek2 yg lain.
Terima kasih banyak2 ats perhatian pihak tuan/puan
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 10 December 2012 07:17 GMT+8
Mohon maklumkan dokumen mana satu yang saudari maksudkan..
NURUL
NURUL's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 8 December 2012 13:31 GMT+8
SALAM..KENAPA YE SAYA TIDAK BOLEH DOWNLOAD SETENGAH2 DOKUMEN DALAM NI?TK
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 4 December 2012 13:48 GMT+8
Puteri,

Untuk makluman Puteri, KSSM akan bermula pada tahun 2017, oleh itu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM serta Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 sedia ada masih diguna pakai sehingga 2016.

Maklumat berkaitan Elemen Merentas Kurikulum boleh di akses melalui pautan berikut http://kssr.bpk.my/pengenalan/emk
puteri
puteri's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.0) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.95 Safari/537.1
Dikirim pada 3 December 2012 15:11 GMT+8
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya :

1. Di mana saya ingin download sukatan pelajaran KSSM bahasa melayu tingkatan satu?

2. Saya ingin tahu maklumat selanjutnya tentang elemen merentas kurikulum dalam bahasa melayu tingkatan 1.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 9.0; Windows NT 6.1; Trident/5.0; XBLWP7; ZuneWP7)
Dikirim pada 30 November 2012 11:42 GMT+8
Puan Puspanathan,

Terima kasih atas cadangan puan. Walau bagaimanapun untuk makluman puan semua dokumen DSK, SP dan HSP memang sengaja dibekalkan dalam format PDF bagi mengekalkan susun atur dan rekaletak setiap dokumen. Terdapat kemungkinan jika dokumen berkenaan dibekalkan dalam format .doc (word), sesetengah pengguna yang tidak mempunyai perisian pemprosesan kata yang serasi dengan format asal dokumen berkenaan akan mendapati susun atur dan rekaletak dokumen berkenaan tidak akan tersusun kemas seperti sepatutnya dan sesetengah grafik tidak dapat dipaparkan.


Perlu diingat, pengguna di luar mempunyai pelbagai jenis perisian pemprosesan kata yang berbeza seperti office xp, office 2007, 2010, open office dan lain-lain. Bagi memastikan dokumen yang dibekalkan boleh dipaparkan dengan sempurna pada mana-mana komputer, maka format PDF digunakan.

Puan masih boleh menggunakan kaedah copy & paste untuk mengubahsuai HSP sekolah puan sendiri. Puan boleh meminta bantuan guru yang mempunyai kemahiran komputer di sekolah puan untuk membantu puan.

Sekian, terima kasih.

Sebelum Seterusnya

Hantar Komen