Sabtu, September 20, 2014
   
Text Size
  • Selamat Datang ke Laman Web Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

  • Transformasi pendidikan nampakkan hasil

  • Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

Projek inovasi guru tumpuan pengunjung

KUALA KANGSAR 14 Mei - Pameran projek inovatif oleh guru Kementerian Pelajaran pada Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Pameran itu disertai pemenang yang meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam empat kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Guru Inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 baru-baru ini.

Sebanyak sembilan hasil inovasi guru dalam empat kategori iaitu kumpulan, individu menengah, individu rendah dan prasekolah dipamerkan.

Antara inovasi yang dipamerkan adalah laman sesawang www.geoandyou.com, Zap it With Lights, Miracle Fingers, Wazan Board, Terowong Cahaya, EZ Draw, Imaging Microscope dan Kacem Citegar.

Ia melibatkan inovasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari Sungai Sumun, Perak; SMK Sacred Heart, Sarawak; SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Petaling Jaya, Selangor.

Turut dipamerkan ialah inovasi dari Sekolah Menengah Khas Baling, Kedah; Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kulim, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Maran, Pahang dan SK Kota Setia, Perak.

Di samping itu, tiga hasil inovasi guru prasekolah dari SK Parit Serong, Selangor; SK Dato' Sahor, Perak dan SK Kampung Keling, Kelantan iaitu Smart Kiosk, Fun Calculator dan Jayyid Jawi juga dipamerkan pada karnival tersebut.

Pameran projek inovatif yang bermula pada 12 Mei lalu terus dibuka untuk kunjungan orang ramai sehingga 16 Mei ini.

Pelbagai aktiviti dan program disusun bagi pelajar sekolah yang berkunjung ke festival ini termasuk ceramah Bijak Matematik Bersama EZ Math, Bijak Sifir Bersama Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) dan Bijak Mengurus Wang oleh Suruhanjaya Sekuriti. - UTUSAN

This content has been locked. You can no longer post any comment.

Bahan Kursus, Seminar dan Program Kurikulum

but SKIK but SSMT but i-Think but HOTs
but LINUS but blankbut blankbut blank

 

Pautan Laman Web Agensi Terpilih

but mygovbut nkeabut mscbut halal

Portal MTCbut prpmbut mampubut eperolehan

but my idea but ygmb

Hubungi Kami

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 - 8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel: +603 8884 2000

Fax: +603 8888 0560

Emel: webmaster.bpk@moe.gov.my

email

Jawatan Kosong BPK

Web KSSR

 

PPPM 2013 - 2025

Daftar Masuk

FAQ Masalah Login

Anda sudah mendaftar, tetapi masih tidak berjaya untuk login? Klik di sini.

UNDIAN Kefahaman KSSR

Sejauh manakah anda faham tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ?

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan berkaitan KSSR, anda dipersilakan untuk kemukakan atau bincangkan kemusykilan anda itu di Forum KSSR. Anda juga boleh melihat video penerangan tentang KSSR di ruangan Galeri Video untuk mendapat gambaran tentang pelaksanaan KSSR.

but emel

Tempahan Makmal

Laman ini dikemaskini kali terakhir pada:
Jumaat 05 September 2014, 03:50