Jumaat, September 19, 2014
   
Text Size
  • Selamat Datang ke Laman Web Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

  • Transformasi pendidikan nampakkan hasil

  • Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

Garis panduan keselamatan baru di sekolah

MUAR 3 Mei - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan garis panduan baru mengenai aspek keselamatan di dalam dan di luar sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin terutamanya bagi membanteras kegiatan penculikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, panduan itu telah dibincang dan pihaknya akan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk merealisasikannya.

‘‘Kita ada satu pekeliling yang sudah dikeluarkan sejak sekian lama dengan memberi garis panduan tentang cara bagaimana keselamatan murid-murid di kawasan sekolah dapat dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah.

‘‘Tetapi dengan perkembangan yang berlaku, saya sudah minta lihat semula bagaimana kita hendak menubuhkan satu badan dan mewujudkan kesedaran melibatkan ibu bapa dan masyarakat untuk mempertingkatkan lagi aspek keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation Bhd, 7-Eleven dan Cosway Bhd. kepada Kementerian Pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak lelaki, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik pada 27 April lalu semasa dalam perjalanan ke sekolahnya di ibu negara sebelum ditemui semula di Rawang hari ini.

Sebanyak 15,000 biji bola bernilai kira-kira RM1 juta disumbangkan untuk sekolah-sekolah di seluruh negara bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Menurut Muhyiddin, bagi aspek keselamatan di dalam kawasan sekolah, pihak pengurusan selepas ini perlu lebih berhati-hati dengan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke sekolah sesuka hati.

Menurutnya, insiden penculikan tersebut tidak boleh dipandang remeh walaupun berlaku bukan di dalam kawasan sekolah dan meminta kerjasama ibu bapa untuk turut menanganinya.

- Utusan Malaysia

This content has been locked. You can no longer post any comment.

Bahan Kursus, Seminar dan Program Kurikulum

but SKIK but SSMT but i-Think but HOTs
but LINUS but blankbut blankbut blank

 

Pautan Laman Web Agensi Terpilih

but mygovbut nkeabut mscbut halal

Portal MTCbut prpmbut mampubut eperolehan

but my idea but ygmb

Hubungi Kami

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 - 8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Tel: +603 8884 2000

Fax: +603 8888 0560

Emel: webmaster.bpk@moe.gov.my

email

Jawatan Kosong BPK

Web KSSR

 

PPPM 2013 - 2025

Daftar Masuk

FAQ Masalah Login

Anda sudah mendaftar, tetapi masih tidak berjaya untuk login? Klik di sini.

UNDIAN Kefahaman KSSR

Sejauh manakah anda faham tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ?

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan berkaitan KSSR, anda dipersilakan untuk kemukakan atau bincangkan kemusykilan anda itu di Forum KSSR. Anda juga boleh melihat video penerangan tentang KSSR di ruangan Galeri Video untuk mendapat gambaran tentang pelaksanaan KSSR.

but emel

Tempahan Makmal

Laman ini dikemaskini kali terakhir pada:
Jumaat 05 September 2014, 03:50