Rabu, Ogos 20, 2014
   
Text Size
Komen dan Maklum Balas
Selamat Datang ke Laman Web BPK

Untuk menghantar komen/cadangan Klik Di Sini

Memaparkan mesej 121 - 140 daripada 174 kiriman Halaman: << < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>

Nama : Komen / Cadangan :
Puspanathan Govindasamy
Puspanathan Govindasamy's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 29 November 2012 21:25 GMT+8
Sila bekalkan HSP dalam bentuk word document supaya guru boleh buat pengubah suaian untuk menyediakan rancangan tahunan persendirian.
Shikin Ramli
Shikin Ramli's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.64 Safari/537.1
Dikirim pada 28 November 2012 14:43 GMT+8
Terima kasih
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 9.0; Windows NT 6.1; Trident/5.0; XBLWP7; ZuneWP7)
Dikirim pada 28 November 2012 09:32 GMT+8
Pn Shikin,

Tahniah atas kejayaan anak puan mendapat keputusan 5A, sebagai jawapan kepada kedua- dua soalan puan, puan boleh meminta pendapat guru kaunseling atau guru kelas anak puan. Pihak sekolah di mana anak puan belajar sekarang tentu lebih arif apa yang sesuai dan pilihan terbaik untuk anak puan.

Sekian, terima kasih.
Shikin Ramli
Shikin Ramli's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.64 Safari/537.1
Dikirim pada 27 November 2012 13:45 GMT+8
Salam

Saya ingin mendapat penjelasan tentang sekolah yang sesuai buat anak saya.

Anak saya mendapat 5A dalam UPSR 2012 tetapi saya masih tidak tahu di sekolah mana saya nak hantar anak saya.

Harap beri tunjuk ajar.

Wasalam
Shikin Ramli
Shikin Ramli's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.64 Safari/537.1
Dikirim pada 27 November 2012 13:42 GMT+8
Salam.

Terima kasih kerana memberi penerangan tentang KSSR. Anak saya yang kedua di kelas 1F (kelas ke 5).

Sebelum ke sekolah dia cuma berada di Tabika selama 3 bulan sahaja. Tapi sekarang nampak perubahan. Bahasa Inggeris menunjukkan pencapaian baik iaitu A dan Sains juga A. Kecuali Bahasa Malaysia yang masih mendapat C.

Diharap pihak tuan dapat memberi tunjukajar kepada saya untuk membantu saya mengajar anak saya.

Saya ingin melihat anak saya berjaya dalam pelajaran.

Wasalam
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.64 Safari/537.1
Dikirim pada 19 November 2012 07:18 GMT+8
Puan Anisah,

Komen Puan sudah kami panjangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana Bahagian berkenaan bertanggungjawab dalam perkara berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Semoga komen Puan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak LP.
ANISAH MOHD ARSHAD
ANISAH MOHD ARSHAD's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 16 November 2012 16:29 GMT+8
Setelah melihat perkembangan persekolahan anak saya di tahun saya, saya dapati terdapat beberapa kelemahan PBS yang mungkin boleh diperbaiki. Konsep KSSR bagus tetapi PBS perlu diperbaiki. Menggunakan band untuk pengukuran prestasi bagus tetapi perlu juga markah wajaran kepada setiap penilaian yang diberi. Tanpa markah wajaran, sukar untuk menentukan kelas pelajar untuk tahun berikutnya dan pencapaian sebenar berbanding pelajat (tiada no 1 - no keseluruhan pelajar). Contoh jika menilai pelajar berdasarkan 3 soalan. Seorang pelajar boleh jawab 1 soalan sahaja, pelajar kedua menjawab 2 soalan dan pelajar ketiga boleh jawab ketiga-tiga soalan. Jadi kalau jawab 1 soalan dah dikira lulus, jadi apa beza dan tidak adil kepada pelajar yang dapat jawab 2 dan 3 soalah. Pendapat saya perlu ada markah wajaran seperti yang diberi dalam CGPA di peringkat Universiti. Tak perlu buat ujian tambahan untuk menentukan kelas tahun hadapannya.TQ
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.11 (KHTML, like Gecko) Chrome/23.0.1271.64 Safari/537.1
Dikirim pada 12 November 2012 16:27 GMT+8
Sdr TYLee,

Pihak kami sudah pun memuat naik dua buah buku pengerangan untuk KBSR dan KBSM. Sdr boleh mendapatkan buku tersebut di pautan KOLEKSI PENERBITAN di laman utama (homepage).

Sekian, terima kasih.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 7 November 2012 15:49 GMT+8
Sdr TyLee

Pihak kami akan cuba mendapatkan buku penerangan KBSR tersebut secepat mungkin.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 7 November 2012 15:45 GMT+8
KOMSAS BI

Berkenaan masa yang lama diperlukan untuk memuat turun bahan Komsas BI, perkara ini tidak dapat dielakkan. Pihak kami sudah pun memampatkan semua fail berkenaan dalam format *.zip Di pihak kami tiada apa lagi yang dapat kami lakukan. Terdapat satu kaedah yang boleh anda gunakan untuk memudahkan proses muat turun fail-fail yang besar, iaitu anda perlu install perisian Free Download Manager. Perisian ini boleh mempercepatkan proses memuat turun fail. Anda boleh mendapatkan perisian tersebut di : http://www.freedownloadmanager.org/

Sekian, terima kasih.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 7 November 2012 15:34 GMT+8
Saudari Iela,

Sila klik menu KBSR/KBSM > Sukatan KBSM > 28. Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (versi BI) Untuk Tingkatan 3 masih lagi menggunakan Sukatan Pelajaran dan bukannya Dokumen Standard. Dokumen Standard untuk Tingkatan 3 hanya akan mula digunakan mulai tahun 2019.

Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 boleh didapati di Menu KBSR/KBSM > HSP Tingkatan 3 > 13. HSP Kemahiran Hidup Bersepadu

Sekian, terima kasih.
komsas BI
komsas BI's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 6.0; en-US; rv:1.9.2.18) Gecko/20110614 Firefox/3.6.18 ( .NET CL
Dikirim pada 7 November 2012 13:16 GMT+8
saya cuba utk dwnlod komsas BI tp trlalu lama utk complete.bila da bjaya dolod, x blh bkk plk..plz do something abt it
tylee
tylee's IP Logged Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 8.0; Windows NT 5.1; Trident/4.0; CIBA; InfoPath.2)
Dikirim pada 7 November 2012 12:17 GMT+8
Selamat Sejahtera,

Saya sedang mengkaji tentang perbezaan KBSR dan KSSR, mana boleh saya dapat informasi KBSR??

Harap Tuan/Puan boleh membalas dengan secepat mungkin, sekian terima kasih.
iela
iela's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; WOW64; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 7 November 2012 00:21 GMT+8
bagaimana saya boleh mendapatkan dokumen standard kurikulum kemahiran hidup bersepadu pilihan ekonomi rumah tangga tingkatan 3?
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 5 November 2012 07:24 GMT+8
Polly Steven,

1. Cuba semak emel pengesahan pendaftaran anda dalam folder Junk Mail atau Spam Mail.

2. Sebagai JU BI KSSR, anda boleh menghubungi pegawai Unit Bahasa Inggeris di talian 03 8884 2081/2083/2315/2097



Saudara Najib Razak,
Sebaiknya saudara menggunakan bahasa yang sopan sesuai dengan jawatan saudara sebagai seorang guru.

Sekian, terima kasih.
najib razak
najib razak's IP Logged Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 8.0; Windows NT 6.1; Trident/4.0; SLCC2; .NET CLR 2.0.50727; .NET CLR
Dikirim pada 4 November 2012 03:08 GMT+8
SPPBS!sistem yang amat menyusahkan!!!!!!!!!!!!!
time org tido aku kne wat keje bxxx ni!!!!!!!
Polly Steven
Polly Steven's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 6.1; WOW64; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 1 November 2012 19:14 GMT+8
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

1. Saya sudah cuba untuk mendaftar tetapi masih tidak dapat login sbb tiada menerima apa-apa mengesahan melalui email saya. Saya telah cuba mendaftar semula tapi saya dikatakan telah mendaftar. Mohon terangkan apa harus saya buat seterusnya.

2. Saya ingin mengetahui, siapakah orang yang paling layak untuk kita hubungi berkaitan dengan permasalahan tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.
Untuk pengetahuan, saya adalah salah seorang dari JU BI KSSR Thn 3 dan sepanjang kami berkursus dulu, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dan kini setelah kita sendiri yang mengendalikan kursus tersebut baru kita menghadapi kesulitan untuk menerangkan kepada peserta tentang beberapa perkara tersebut. Jadi saya mohon jasa baik generator web ini untuk membantu saya dalam hal ini. (siapa yang paling baik utk saya hubungi).

Terima kasih.
Webmaster LP
Webmaster LP's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1; rv:16.0) Gecko/20100101 Firefox/16.0
Dikirim pada 29 Oktober 2012 11:15 GMT+8
Wa alaikumusalam,

Dengan hormatnya,

Tuan/Puan,

Pihak Lembaga Peperiksaan mengucapkan terima kasih kerana mengemukan pertanyaan yang berkaitan PBS dan KSSR kepada LP.

2. Pelaksanaan PBS sepenuhnya akan bermula pada tahun 2016 menggantikan UPSR dan 2015 bagi PMR.

3. Bagi maklumat KSSR pula tuan boleh melayari www.moe.gov.my/lp untuk mendapat penjelasan lanjut. Walau bagaimanapun pihak Lembaga Peperiksaan hanya mengendalikan bidang pentaksiran sahaja.

4. Maklumat sepenuhnya tentang KSSR pihak BPK dipohon untuk membantunya.

Sekian harap maklum.

weblp.
Webmaster
Webmaster's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 25 Oktober 2012 16:40 GMT+8
Salam,

Pertanyaan Puan sudah saya majukan kepada pihak Lembaga Peperiksaan, sementara itu Puan boleh juga mengakses maklumat berkaitan di pautan berikut : http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=351:pentaksiran-berasaskan-sekolah-sekolah-rendah&catid=79:sekolah-rendah

atau, Puan boleh berhubung terus dengan pihak Lembaga Peperiksaan di talian berikut: 03-8884 3787 / 03-8884 3785

Sekian, terima kasih.
Marina Daud
Marina Daud's IP Logged Mozilla/5.0 (Windows NT 5.1) AppleWebKit/537.4 (KHTML, like Gecko) Chrome/22.0.1229.94 Safari/537.4
Dikirim pada 24 Oktober 2012 17:09 GMT+8
KSSR.

Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang KSSR.

1) Adakah pada tahun 6 nanti, tiada lagi peperiksaan UPSR dijalankan. Jadi apakah kayu pengukur untuk anak2 pada tahun 6 nanti.

Sebelum Seterusnya

Hantar Komen