Mata pelajaran : Sejarah
Tingkatan        : Satu
Masa              : 80 minit
Tajuk              : Warisan Kesultanan Melayu (Kraftangan)
Objekti            : Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat
                         i ) Menyatakan bahan asas untuk menghasilkan sehelai kain.
                         ii ) Mengetahui pengasas tenunan Pahang
                         iii Menjawab 8 daripada 10 soalan teka silang kata.
                         iv) Menyebut proses tenunan secara lisan

Nilai                : i ) Menghargai seni warisan bangsa sejak turun-temurun
                         ii) Menghargai tokoh-tokoh tenun

BBM                : i) Komputer
                         ii) LCD
                         iii) Gambar tokoh , corak kain tenun

Aktiviti              : 1. Pelajar diminta menyatakan bahan asas dalam peghasilan kain..
                         2. Guru memberikan lamam web "Tenunan" kepada pelajar dan meminta mereka melayarinya.
                         3. Guru memberikan ulasan di atas penerangan murid.
                         4. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan :
                             Kumpulan A : Mengkaji sejarah kedatangan tenun ke Pahang.
                             Kumpulan B : Membincangkan peralatan dan proses tenun
                             Kumpulan C : Menyatakan perkembangan terkini yang Menggunakan fabrik tenun.
                        
5. Pembentangan dapatan perbincangan
                         6. Guru meminta murid mengumpul maklumat berkaitan kraftangan setempat
                         7. Guru memberi ulasan hasil dapatan murid. Penegasan guru kepada menghargai seni warisan bangsa yang                              menjadi punca ekonomi sejak zaman berzaman. Generasi muda seharusnya mempelbagaikan                              kegunaannya tanpa mengubah identiti kraftangan tersebut.
                        8. Aktiviti pengkayaan diberikan diakhir pembelajaran iaitu Permainan teka silangkata.
Nota :

1. Guru boleh memberi latihan tambahan atau pengkayaan (tugasan 3) iaitu membuat buku skrap berdasarkan maklumat     gambar yang dikumpul dari pelbagai sumber.
2. Murid digalakkan memberi sumbangan dalam membuat rekaan corak tenunan dan dimuatkan dalam E-Album laman web     tersebut ( tugasan 2).