RANCANGAN MENGAJAR
Mata Pelajaran
:
Sejarah
Tingkatan
:
Satu
Masa
:
80 minit
Tajuk
:
Warisan Kesultanan Melayu (kraftangan)
Objektif
:
i
Murid dapat menceritakan sejarah perkembangan tembikar di Tanah Melayu
 
ii
Menamakan alatan tembikar yang ditemui pada zaman neolitik dan zaman logam
 
iii
Menjelaskan kegunaan serta fungsi tembikar di zaman lampau hingga sekarang
 
iv
Menyatakan peralatan dan kegunaan bahan dalam pemprosesan tembikar tradisional
Unsur Patriotisme
:
i
Menghargai seni warisan bangsa sejak turun-temurun
 
ii
Menghargai dan menyangjung tokoh-tokoh yang memperkenalkan /mengusahakan alatan tembikar
BBM
:
i
Risalah
   
ii
Komputer
   
iii
LCD
Aktiviti
:
i
Guru memberi alamat laman web 'Kraftangan Warisan Kita' kepada pelajar dan meminta mereka melayarinya
   
ii
Pelajar diminta menceritakan tentang penemuan-penemuan tembikar yang ditemui pada Zaman Neolitik contohnya penemuan tembikar di Gua Cha Kelantan (1954)
   
iii
Guru memberi penerangan mengenai sejarah labu sayong dan menunjukkan contoh-contoh labu sayong yang diambil dari laman web
   
iv
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan :
Kumpulan Pertama : Mengkaji tentang sejarah perkembangan tembikar di Tanah Melayu
Kumpulan Kedua : Membincangkan bentuk-bentuk tembikar tradisional
Kumpulan Ketiga : Menyatakan peralatan tradisional yang digunakan dalam pembuatan tembikar
Pelajar membentangkan hasil perbincangan
   
v
Guru meminta pelajar mengumpul maklumat dan mencetak gambar mengenai kraftangan yang boleh diambil dengan melayari laman web untuk dimuatkan dalam buku skrap
   
vi
Guru memberi ulasan mengenai hasil pembentangan dan menasihati pelajar supaya menghargai seni warisan bangsa kerana kesenian ini menjadi punca kegiatan ekonomi masyarakat dahulu hingga kini

Pengenalan | Butiran | Lokasi | Labu Sayong| Aktiviti | Tugasan | email
SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub,
Bota Kanan, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan
amkdary@tm.net.my