Kegiatan
Ekonomi


Pengenalan

:: Pertanian
; Latar Belakang
; Lokasi
; Jenis Aktiviti
: Faktor Galakan
: Perubahan Semasa
: Kesan Alam Sekitar

:: Perindustrian
: Latar Belakang
: Lokasi
: Jenis Aktiviti
: Faktor Galakan
: Kesan Alam Sekitar
: Kajian Kes industri

: Kajian
Perbandingan


KAJIAN PERBANDINGAN
KEGIATAN EKONOMI DI CAMERON HIGHLANDS

1. Jenis kegiatan ekonomi utama

1.1 PERTANIAN

a) Penanaman teh
- Secara amnya penanaman teh begitu sinonim dengan kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands. Selain itu , Cameron Highlands telah diiktiraf sebagai kawasan pengeluar teh utama di Malaysia dan Asia Tenggara. Antara jenama teh yang dikeluarkan oleh pengusaha dari Cameron Highlands ialah Boh dan Cameron Valley.

b) Sayur-sayuran
- Kawasan tanah tinggi merupakan kawasan yang strategik dan sesuai bagi penanaman sayur-sayuran kerana didorong oleh faktor bentuk muka bumi dan cuaca. Begitu juga di Cameron Highlands, aktiviti penanaman sayur-sayuran merupakan salah satu punca pendapatan bagi penduduk di sini. Antara jenis sayuran yang ditanam di sini ialah kobis, tomato, lobak, kacang dan beberapa jenis yang lain.
- Hasil tanaman ini dipasarkan di beberapa kawasan berhampiran dan dihantar sehingga ke kawasan Lembah Kelang untuk dijual kepada pemborong sayur-sayuran di sana.
- Selain itu juga, mutu sayuran yang didapati di kawasan Cameron Highlands juga baik dan memuaskan. Harga yang ditawarkan di sini lebih murah berbanding dengan harga jika telah dipasarkan di kawasan lain.

c) Buah-buahan

Aktiviti penanaman buah-buahan juga merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh majoriti penduduk di sini. Keadaan cuaca dan suhu yang baik mendorong penanaman buah strawberi diusahakan dengan banyaknya di sekitar kawasan Cameron Highlands. Ia juga dijual dengan banyaknya di sekitar kawasan ini terutama di pasar-pasar malam, gerai-gerai dan juga di ladang strawberi sendiri.

- Dengan keadaan cuaca dan suhu yang sesuai ini juga telah mendorong beberapa pengusaha dan juga MARDI untuk mengusahakan tanaman epal dan anggur yang mana kebiasaannya ditanam di negara yang mengalami musim sejuk. Oleh kerana iklim di Cameron Highlands yang bersuhu sejuk akibat daripada kedudukan geografinya yang terletak di tanah tinggi, maka peluang ini digunakan sebaiknya oleh rakyat Malaysia untuk mencuba tanaman yang tidak ditanam di kawasan lain di Malaysia ini. Tetapi jumlah pengeluaran buah epal dan anggur tidak memberangsangkan.Kebanyakan kawasan yang menanam tanaman ini diusahakan hanyalah untuk tujuan lawatan atau promosi kepada pengunjung. Ia secara tidak langsung memberi peluang pengunjung melihat secara dekat pokok epal dan juga pokok anggur. Selain strawberi, epal dan anggur, terdapat juga beberapa jenis buah-buahan lain yang ditanam di sini seperti jambu batu, limau bali, limau madu, mangga dan lain-lain lagi.

d) Kebun Bunga

- Suhu yang baik dan cuaca yang sesuai merupakan faktor utama Cameron Highlands kaya dengan pelbagai jenis bunga. Ada sesetengah pengusaha menjadikan aktiviti penanaman bunga di sini sebagai punca pendapatan mereka. Malah, ada juga yang telah berjaya membuka pasaran bunga mereka di sekitar negeri berhampiran seperti di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
- Antara jenis bunga yang terkenal di sini ialah ros, daisy, kaktus, orkid, dan beberapa jenis lagi.

1.2 PERINDUSTRIAN
- Sektor perindustrian di sini hanya melibatkan industri kecil dan langsung tidak melibatkan aktiviti perkilangan yang besar dan mengancam alam sekitar. Tetapi, ada kilang yang dibina kesan daripada aktiviti pertanian yang dijalankan.
- Sebagai satu contoh yang jelas ialah kilang memproses teh dibina untuk memudahkan lagi proses membuat teh. Lokasi kilang memproses teh ini adalah di sekitar ladang teh itu sendiri dan tidak memerlukan keluasan tanah yang besar.