Kaedah Penanaman | Faktor Mempengaruhi | Proses Pengolahan | Minyak sawit | Keistimewaan | Kesan alam sekitar | Langkah mengatasi

Lawatan ke pusat penyemaian benih kelapa sawit Kampung Lumat, Beaufort untuk mendapatkan maklumat terperinci tahap-tahap penanaman kelapa sawit. Tapak penyemaian ini terletak 5 km dari Pekan Beaufort dan ia berfungsi sebagai tempat utama para penanam di Daerah Beaufort untuk mendapatkan benih dan anak kelapa sawit yang bermutu.
Tahap Pertama : Penyemaian Benih
Tahap 2| Tahap 3| Tahap 4| Tahap 5| Tahap 6
Penyemaian benih kelapa sawit adalah melalui bijih benih.
Tiga faktor penting untuk menjamin percambahan yang baik:

a) Suhu yang tinggi 29 - 35 darjah Celcius.
b) Bekalan oksigen yang mencukupi
c) Kelembapan

Sebelum itu bijih benih akan diberikan rawatan haba terlebih dahulu dengan rendaman dan pengeringan udara sebelum dicambahkan.

Bijih benih cambah disemai di tapak semaian sama ada mengikut jenis tapak semaian satu peringkat atau dua peringkat.

Tapak semaian satu peringkat menggunakan polibeg besar dari mula anak benih ditanam sehingga dialihkan ke ladang. Saiz polibeg berukuran 45 cm lebar X 55 cm tinggi X 0.2 mm tebal.Tapak semaian dua peringkat mempunyai dua peringkat penanaman iaitu peringkat tapak semai kecil dan tapak semaian besar.

Di tapak semaian kecil, bijih benih cambah ditanam di dalam polibeg berukuran 15 cm lebar X 23 cm tinggi X 0.1 mm tebal.

Apabila anak benih di tapak semaian kecil tersebut berumur 3-4 bulan, ia perlu dialihkan ke tapak semaian besar dengan menggunakan polibeg berukuran 45 cm lebar X 55 cm tinggi X 0.2 mm tebal.

Anak benih akan diatur pada susunan segitiga berukuran 90 X 90 X 90 cm
Jumlah minimum air yang diperlukan untuk satu anak benih adalah 4.5 liter dam tempoh seminggu.

Pembajaan pula akan dilakukan selang sebulan selama empat bulan pertama dengan menggunakan baja sebatian NPK Yellow dan baja sebatian NPK Blue untuk bulan kelima berikutnya.


Tahap Kedua : Penyediaan Ladang                                                                                          ke atas
Kepadatan tanaman secara konvensional adalah 9 m X 9 m X 9 m (143/ha) dalam sistem segi tiga sama. Sebagai contoh jarak tanaman adalah 8.2 meter untuk 171 pokok sehektar, 8.5 meter untuk 160 pokok sehektar dan 8.8 meter untuk 148 pokok sehektar.
Kaedah pembarisan melibatkan penyediaan baris dasar mengikut arah Utara-Selatan. Cara susunan tanaman dan orientasi ini adalah untuk memastikan setiap pokok mendapat cahaya matahari yang semaksimum mungkin
Tanaman kekacang sebagai tutup bumi seperti Pueraria phaseoloidis, Calopogonium mucunoides dan Centrosema pubescens.Tanaman ini akan berfungsi sebagai mengawal hakisan, memperbaiki struktur organik dan status zat pemakanan tanah.

Tahap Ketiga : Penanaman
ke atas
Baja rock phosphate sebanyak 250 g perlu ditabur ke dalam lubang untuk mempercepatkan pertumbuhan akar-akar baru pokok kelapa sawit.
Penanaman biasanya dijalankan pada musim hujan untuk memastikan bahawa tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi untuk pembentukan akar dan perkembangan benih selepas ditanam
Anak kelapa sawit yang berumur 9 hingga 12 bulan perlu dipindah ke ladang.

Tahap Keempat : Penjagaan Ladang
ke atas

Kebersihan ladang perlu sentiasa dijaga untuk memudahkan proses penuaian dan pemeriksaan pokok di ladang.

Pemangkasan perlu dibuat ke atas pelepah yang menghalang untuk pemotongan tangkai tandan dan pengumpulan buah-buah lerai


Tahap Kelima : Pembajaan
ke atas
Keperluan unsur pemakanan kepada pokok kelapa sawit adalah berbeza bergantung kepada jenis bahan tanaman, tanah, ikim, umur pokok, kekacang penutup bumi dan faktor-faktor persekitaran yang berbeza.

Sukatan baja untuk pokok matang adalah 2-4 kg ammonium sulphate, 2-4 kg rock phosphate dan 3-4.5 kg Muriate of Potash (MOP) untuk sepohon pokok setahun. Pembajaan akan dilakukan dua kali setahun.


Tahap Keenam : Penuiaan, Hasil dan Pengendalian.
ke atas
Penuaian tandan buah pada masa yang sesuai adalah penting untuk memperolehi hasil minyak kelapa sawit yang maksimum.

Penuaian selalunya dilaksanakan secara berselang dalam tempoh 10 hingga 14 hari

Tandan biasanya masak 5 ½ hingga 6 bulan selepas pendebungaan
Sabit digunakan untuk menuai buah pada pokok kelapa sawit yang tinggi sementara tombak digunakan pada pokok yang rendah

SMK BEAUFORT
PETI SURAT 291
89808 BEAUFORT, SABAH
Tel: 087-211125     Fax: 087-212127
E-mail: roslee_talip@yahoo.com