[ Tanah Tinggi] [Kegiatan Ekonomi] [ Tanah Pamah] [Pinggir Laut] [Keistimewaan]
[Tugasan Guru] [Lembaran Kerja]

 

KEGIATAN EKONOMI: PERTANIAN

Bentuk muka bumi Malaysia yang pelbagai telah menyebabkan berbagai aktiviti dapat dijalankan dinegara Malaysia. Antaranya ialah aktiviti pertanian. Ini kerana pertanian amat berkait rapat dengan jenis tanih dan bentuk muka bumi di sesebuah kawasan.Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis tanaman yang dijalankan di Malaysia mengikut keadaan bentuk muka bumi,

1. Penanaman Padi.

Padi merupakan tanaman pertanian yang dijalankan di kawsan tanah pamah. Tanah pamah yang sesuai untuk pertanian padi ialah tanih jenis alivium. Kira-kira 83 % daripada padi sawah ditanam di Semenanjung Malaysia, manakala padi bukit atau padi huma ditanam di Sarawak dan Sabah. 70 % pengeluaran padi di Sarawak adalah padi bukit.


Kawasan penanaman utama padi sawah di Semenanjung Malaysia ialah di Dataran Kedah, Delta Kelantan, Daerah Kerian dan Seberang Perak. Manakala kawasan penanaman padi sawah di Sabah ialah di Papar, Tuaran dan TambunanKawasan Tanjung Karang, Selangor, Delta Rajang,bahagian hilir Sungai Lupar,dan Sungai Saribas, Sarawak.

Faktor – faktor yang mempengaruhi pengeluaran padi di Malaysia

· Tanah pamah rata dan bersaliran buruk.
· Tanih alluvium yang subur.
· Suhu tinggi.
· Hujan tahunan.
· Permintaan yang tinggi.
· Tenaga buruh ramai.
· Sistem jalan raya yang baik.
· Teknik moden
· Peranan, galakan dan usaha – usaha kerajaan.

2. Penanaman Kelapa Sawit

Kelapa Sawit merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan tanah yang beralun dan di kawasan kaki-kaki bukit yang terdapat di Malaysia. Kawasan yang utama penanaman kelapa sawit ialah di negeri Johor iaitu di Kota Tinggi, Kulai dan Segamat. Selain itu, kelapa sawit juga di tanam di Pahang iaitu di Segi Tiga Jengka.

3. Penanaman Nanas

Nanas merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah. tanih yang amat sesuai untuk tanaman nanas ialah tanih jenis gambut yang berwarna kehitam-hitaman. Kawasan utama penanaman nanas di Malaysia ialah di Pontian, Johor.Nanas yang terkenal ada dua jenis iaitu Nanas Sarawak dan Nanas Morris. Nanas yang ditanam di Malaysia berasal dari bahagian timur Amerika Selatan.Luas kawasan penanaman nanas di Malaysia meliputi 15 600 hektar dan hasil nanas ialah 180 000 tan setahun.

4. Penenaman Pokok Getah.

Susu getah dikumpulkan dan kemudian dibawa ke kilang. Pokok getah merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah, kawasan yang beralun serta di kawasan lereng-lereng bukit. Tanih yang sesuai untuk tanaman getah ialah tanih jenis laterit. Tanaman getah memerlukan saliran yang baik. Malaysia merupakan pengeluar getah asli utama dunia selain negara Indonesia dan Thailand. Getah merupahan pertanian eksport yang ke-4 selepas Kelapa sawit, koko dan padi Johor merupakan pengeluar utama getah

5. Teh

Teh merupakan tanaman yang dijalankan di kawasan tanah tinggi. Ini kerana pokok teh boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai iklim yang sederhana iaitu sekitar 18 ºC. Teh di tanam di kawasan tanah tinggi yang mempunyai tanih jenis laterit. Kawasan utama penanaman teh di Malaysia ialah di Cameron Highland dan di Sabah pula teh di tanam di Kundasang.

Alat pengadang khas dipasangkan pada setiap batang pokok getah bertujuan supaya tempat torehan tidak basah apabila hari hujan.