MATLAMAT DAN OBJEKTIF

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan untuk guru-guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani yang mengajar Pendidikan Jasmani.


KUMPULAN SASARAN

  • Guru-guru bukan opsyen yang mengajar Pendidikan Jasmani
  • Guru-guru di bawah umur 45 tahun ke bawah- cergas, sihat serta mampu mengikuti aktiviti amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani.
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri

PELAKSANAAN PROGRAM

  • Kursus akan dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang P.Jasmani dan Sains Sukan dari fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga tempatan.
  • Setiap peserta diperlukan mengikuti 400 jam dan lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.
  • Program dilaksanakan dalam tempoh tarikh 20 Jun 2012 - 16 Disember 2012

KURIKULUM DAN TEMPOH LATIHAN

  • Tempoh kursus adalah selama 50 hari ( 5 hari x 1 Modul x 10 sesi )

 

  • Menggunakan mod separuh masa atau kursus dalam cuti (KDC) dengan berasaskan 10 modul. Setiap modul akan dapat diselesaikan dalam masa 5 hari bagi mengelakkan guru meninggalkan kelas bagi tempoh yang lama.
  • 8 modul adalah terdiri dari bidang P.Jasmani dan Sains Sukan manakala 2 modul adalah subjek keperluan Malaysian Qualification Agency (MQA ) iaitu :

i. P.E and Sports Coaching Methodology
ii. Psychology of Physical Performance
iii. Seminar in Sports and Physical Education
iv. Physical Fitness and Conditioning
v. Games Approach to Teaching PE and Sports
vi. Physical Fitness Testing,Evaluation and Reporting
vii. Principles of Fitness and Health
viii. PE Facilities and Sports Event Management
ix. Ethnic Relations ( Keperluan MQA )
x. Arts in Education ( Keperluan MQA)

PENSIJILAN

  • Guru yang menghadiri latihan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan Jasmani oleh United States Sports Academy yang diakreditasi oleh Commission of the Southern Association of Colleges and Schools yang boleh menganugerahkan Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah. USSA juga diiktiraf oleh North American Society for Sport Management untuk pensijilan dalam 3 peringkat.


KONTRAK

  • Guru yang menghadiri latihan perlu menandatangani kontrak bagi tempoh 12 bulan untuk terus berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selepas tamat kursus