Sejarah RnD
Print
  • Dalam ucap utama oleh mantan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Dato’ Dr. Zainal Abidin b. Ahmad semasa Majlis Perhimpunan Pensyarah Matrikulasi 2002, beliau telah menekankan pentingnya penyelidikan dijadikan sebagai salah satu aktiviti pensyarah Matrikulasi dalam proses penambahbaikan proses profesional mereka.
  • Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) BMKPM ditubuhkan mulai tahun 2003 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan R&D . Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi dan timbalan pengerusinya adalah Ketua Unit, Unit Data dan Maklumat. Setiausaha Jawatankuasa R&D disandang oleh Penyelaras R&D BMKPM. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil setiap sektor Bahagian Matrikulasi dan Penyelaras-Penyelaras R&D kolej-kolej matrikulasi.
  • Pelaksanaan kursus-kursus untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran menjalankan penyelidikan asas dan kajian tindakan kepada pensyarah kolej matrikulasi mulai tahun 2003 sehingga kini.
  • Seminar Penyelidikan Pendidikan Program Matrikulasi kali pertama telah diadakan pada tahun 2003 dan diadakan setiap tahun sehingga tahun 2008, bermula dengan 12 kertas kerja (2003) hingga 30  kertas kerja (2008). Kertas kerja yang dikemukakan untuk penilaian bagi menyertai seminar juga telah meningkat dari tahun ke setahun, sehingga 151 kertas kerja bagi tahun 2008. Prosedur dan kaedah pelaksanaan seminar juga dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.