Permohonan Salinan Transkrip Akademik
Print

Syarat-syarat

  1. Permohonan untuk mendapatkan salinan transkrip akademik akan dipertimbangkan berdasarkan sebab-sebab munasabah seperti kehilangan dan kerosakan transkrip.
  2. Permohonan mendapatkan salinan transkrip akademik hanya boleh dibuat oleh pemohon yang terdiri daripada bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Wakil kepada pelajar adalah tidak dibenarkan.
  3. Setiap permohonan salinan transkrip akademik akan diselesaikan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan surat / borang permohonan pelajar.

 

Permohonan

Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon untuk mendapatkan salinan transkrip akademik.

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A).
  2. Salinan transkrip (jika permohonan melibatkan transkrip asal yang rosak atau permohonan salinan terjemahan transkrip)
  3. Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut:
    - Nama Penuh
    - No. Matrik Pelajar
    - No. Kad Pengenalan
    - Sesi Pengajian
    - Nama Kolej
    - Kursus
    - Jurusan
    - Alamat Surat-Menyurat

 

Penyerahan Salinan Transkrip

  1. Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan dalam surat / borang permohonan.
  2. Jika salinan transkrip hendak diambil sendiri oleh pemohon (bekas pelajar), kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan bagi pengesahan identiti pemohon oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.
  3. Jika salinan transkrip hendak diambil oleh wakil pemohon, surat kebenaran mewakili pemohon perlu disediakan oleh pemohon dengan ditandatangani  pemohon beserta salinan kad pengenalan wakil yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A. Wakil pemohon juga perlu menyerahkan kad pengenalan untuk pemeriksaan identiti oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.

     

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Berkuatkuasa: 16 April 2013

 

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan salinan transkrip.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai transkrip akademik, sila emelkan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it