Laman Web Rasmi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia
   


BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • Kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan/serangga perosak
  • Kabinet/almari fail
  • Papan kenyataan
  • Kaunter
  • Peti Kecemasan

Muat Turun


 
Paparan Laman : Alamat : Sila Hubungi :
Pelayar Internet Anda:
CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)

Sesuai dipapar pada resolusi 1024 x 768 menggunakan versi terkini Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Microsoft Internet Explorer.
Dapatkannya di sini.
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-3, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Bahagian Buku Teks dan Kementerian Pelajaran Malaysia, sila hubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (KPKPM).
Tel    : 603-7723 7070
Emel : kpkpm@moe.gov.my