Laman Web Rasmi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia
   


Pengenalan

Sisteksbbt adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih.

Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.


Tujuan

Program ini bertujuan untuk:
  1. Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT.
  2. Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.


Ciri-ciri

Sistem ini mempunyai ciri yang dapat memudahkan guru SPBT menguruskan SPBT iaitu:
  1. Semua maklumat dapat direkodkan melalui penggunaan pengimbas barkod (barcode reader).
  2. Sisteksbbt menggunakan sepenuhnya data dari SMM yang digunakan di sekolah. Oleh itu, guru tidak perlu memasukkan secara manual data murid ke dalam Sisteksbbt, memadai dengan mengimport data dari SMM.
  3. Laporan-laporan yang diperlukan dalam pengurusan SPBT dapat dijana terus dari sistem ini.

Semua laporan yang dijana oleh komputer merupakan data yang sahih atau tepat. Sebarang pengubahsuaian data oleh pentadbir sekolah akan menyebabkan sistem terhenti secara serta merta.

Pengguna bolehlah muat turun aplikasi dari laman web ini. Pautan kepada muat turun ini ada disediakan di bahagian bawah laman ini.


A. Bagi sekolah yang menggunakan Sisteksbbt Versi 1

  1. Prosedur ini adalah untuk sekolah yang telah menggunakan Sisteksbbt versi 1. Sila eksport data versi 1 dahulu kerana data versi 1 boleh dipindahkan ke versi 2. (Rujuk Manual Pengguna - Pendaftaran)
  2. Pastikan anda mempunyai DataHEM (dalam bentuk zip) yang terkini atau sama sperti yang digunakan dalam versi 1.
  3. Muat turun dan install versi 2 mengikut aturan jadual muat turun di bawah ((A) 1, 2, 3) terlebih dahulu, pindah DataHEM dan kemudian pindahkan data versi 1 kepada versi 2.
  4. Sila muat turun Manual (B) 1 - 7 untuk rujukan dan panduan penggunaan.


B. Bagi sekolah yang belum pernah menggunakan Sisteksbbt

  1. Prosedur ini adalah untuk sekolah yang tidak pernah menggunakan aplikasi Sisteksbbt versi 1 atau versi 2.
  2. Pastikan anda mempunyai DataHEM (dalam bentuk zip) yang terkini.
  3. Muat turun dan install semua aplikasi/perisian mengikut aturan jadual muat turun di bawah ((A) 1, 2, 3)
  4. Sila muat turun Manual (B) 1 - 7 untuk rujukan dan panduan penggunaan.


C. Bagi sekolah yang telah menggunakan Sisteksbbt versi 2

  1. Prosedur ini adalah untuk sekolah yang telah menggunakan Sisteksbbt versi 2. Sekolah perlu mengemaskini aplikasi sedia ada ke batch yang baharu ini yang telah dikemaskini pada 6 Januari 2009.
  2. Pastikan data daripada aplikasi sedia ada dieksport keluar dahulu (rujuk Manual Pengguna - Utiliti untuk membuat backup)
  3. Amaran: muat turun aplikasi ini tanpa membuat backup akan memadam data sedia ada di komputer anda.
  4. Sebelum muat turun aplikasi terkini, sila padamkan/delete aplikasi ini (C:\Sisteks_data dan C:\Sisteksv2) daripada komputer anda.


Sisteksbbt 2 : Muat Turun

Nama Fail Saiz Muat Turun
A. 1. Sisteksv2.exe 31.1 MB
2. Perisian Sokongan - Foxit Reader 2.55 MB
3. Perisian Sokongan - Mozilla Firefox 7.15 MB
B. 1. Manual Pengguna - Pemasangan 14.0 MB
2. Manual Pengguna - Pendaftaran 3.4 MB
3. Manual Pengguna - Stok Buku 6.01 MB
4. Manual Pengguna - Transaksi 2.79 MB
5. Manual Pengguna - Laporan 12.2 MB
6. Manual Pengguna - Utiliti 6.11 MB
7. Manual Pengguna - Konfigurasi Pengimbas 440 KB
 
Paparan Laman : Alamat : Sila Hubungi :
Pelayar Internet Anda:
CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)

Sesuai dipapar pada resolusi 1024 x 768 menggunakan versi terkini Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Microsoft Internet Explorer.
Dapatkannya di sini.
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Bahagian Buku Teks dan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila hubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (KPKPM).
Tel    : 603-7723 7070
Emel : kpkpm@moe.gov.my