Laman Web Rasmi Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia
   


CARTA ORGANISASI SEKTOR PENERBITAN SEKOLAH RENDAH (SPSR)





Fungsi Sektor SPSR

  1. Merancang program penerbitan Pakej Buku Teks KBSR
  2. Membina konsep Pakej Buku Teks berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran KBSR.
  3. Menyediakan panduan penulisan dan panduan penyediaan untuk kegunaan penulis dan penerbit
  4. Mengurus penilaian pruf muka surat Pakej Buku Teks yang diserahkan oleh penerbit.
  5. Mengurus dan menyelaras taklimat kursus dan mesyuarat yang berkaitan dengan penerbitan buku KBSR.
  6. Mencadangkan kebenaran untuk mencetak dan mengedar Pakej Buku Teks KBSR
  7. Mengurus program Peningkatan Penggunaan Pakej Buku Teks KBSR.
  8. Menjalankan tinjauan/kajian/pemerhatian berkaitan dengan penerbitan dan penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran


Fungsi Unit

  1. Unit Bahasa dan Kesusasteraan
    1. Menyelaras pemantapan kefahaman dan penterjemahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.
    2. Membina konsep Pakej Buku Teks berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR.
    3. Menyediakan garis Panduan Penulisan Pakej Buku Teks dan menyediakan anggaran bahan grafik.
    4. Menyediakan instrumen dan Jawatankuasa Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    5. Mengurus dan menyelaraskan Taklimat kursus dan Mesyuarat Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    6. Mengurus Program Pemantauan Penghasilan Pakej Buku Teks
    7. Mengurus Perolehan Pakej Buku Teks KBSR termasuk menyemak Pruf Muka Surat 100% dan Naskah Contoh serta kebenaran mencetak.

  2. Unit Sains dan Matematik
    1. Membina konsep Pakej Buku Teks berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR.
    2. Menyediakan garis Panduan Penulisan Pakej Buku Teks dan menyediakan anggaran bahan grafik.
    3. Menyediakan instrument dan Jawatankuasa Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    4. Mengurus dan menyelaraskan Taklimat kursus dan Mesyuarat Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    5. Mengurus Program Pemantauan Penghasilan Pakej Buku Teks
    6. Mengurus Perolehan Pakej Buku Teks KBSR termasuk menyemak Pruf Muka Surat 100% dan Naskah Contoh serta kebenaran mencetak.
    7. Mengurus Program Peningkatan Penggunaan Pakej Buku Teks.
    8. Menyelaras penggunaan Bahasa Inggeris dibawah PPSMI bagi Buku Teks, Buku Panduan Guru dan CD-ROM.
    9. Menyelaras tahap penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi buku teks dan bahan penerbitan yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
    10. Menjalankan kajian penggunaan Buku Teks dalam pengajaran dan pembelajaran.
    11. Menyelaras penentuan bilangan halaman dan bahan grafik.

  3. Unit Pendidikan Islam dan j-QAF
    1. Menyelaras pemantapan kefahaman dan penterjemahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Buku Jawi (j-QAF)
    2. Membina konsep Pakej Buku Teks berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR.
    3. Menyediakan garis Panduan Penulisan Pakej Buku Teks dan menyediakan anggaran bahan grafik.
    4. Menyediakan instrumen dan Jawatankuasa Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    5. Mengurus dan menyelaraskan Taklimat Kursus dan Mesyuarat Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    6. Mengurus Program Pemantauan Penghasilan Pakej Buku Teks.
    7. Mengurus Perolehan Pakej Buku Teks KBSR termasuk menyemak Pruf Muka Surat dan Naskah Contoh serta kebenaran mencetak.
    8. Menjalankan kajian penggunaan Buku Teks dalam pengajaran dan pembelajaran.
    9. Menyelaras penentuan bilangan halaman dan bahan grafik.
    10. Menyelaras Jawatankuasa Petugas Khas j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia.
    11. Menyelaras Jawatankuasa Kurikulum Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
    12. Menyelaras Buku Teks Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  4. Unit Sains Sosial
    1. Menyelaras pemantapan kefahaman dan penterjemahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
    2. Membina konsep Pakej Buku Teks berdasarkan keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR.
    3. Menyediakan garis Panduan Penulisan Pakej Buku Teks, menyediakan anggaran bahan grafik dan menentukan bilangan halaman.
    4. Menyediakan instrument dan Jawatankuasa Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    5. Mengurus dan menyelaraskan Taklimat Kursus dan Mesyuarat Penilaian Pakej Buku Teks KBSR.
    6. Mengurus Program Pemantauan Penghasilan Pakej Buku Teks
    7. Mengurus Perolehan Pakej Buku Teks KBSR termasuk menyemak Pruf Muka Surat dan Naskah Contoh serta kebenaran mencetak.
    8. Menjalankan kajian penggunaan Buku Teks dalam pengajaran dan pembelajaran.
    9. Menyelaras penentuan bilangan halaman dan bahan grafik
    10. Menyelaras kandungan Pakej Buku Teks bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

  5. Unit Khas Sekolah Rendah
    1. Menyelaras pemantapan kefahaman dan penterjemahan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kebangsaan Prasekolah serta Kurikulum bagi dan Huraian Kurikulum bagi Pendidikan Khas, KIA 2M dan Pemulihan
    2. Membina konsep bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan
    3. Menyediakan kriteria pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kebangsaan dan Huraian Kurikulum bagi Pendidikan Khas, KIA 2M dan Pemulihan.
    4. Menjalankan kajian penggunaan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Program Pemantauan Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran
    5. Mengurus dan menyelaras semua Program Peningkatan Profesionalisme pegawai dan staf SPSR.
 
Paparan Laman : Alamat : Sila Hubungi :
Pelayar Internet Anda:
CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)

Sesuai dipapar pada resolusi 1024 x 768 menggunakan versi terkini Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome dan Microsoft Internet Explorer.
Dapatkannya di sini.
Bahagian Buku Teks
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan mengenai Bahagian Buku Teks dan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila hubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (KPKPM).
Tel    : 603-7723 7070
Emel : kpkpm@moe.gov.my